Alhamdullilah..
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya jua, maka persidangan Umno Cawangan Bukit Ibam Kali-22 telah dapat dijalankan dengan sempurna. Sepertimana ketetapan, persidangan cawangan telah dimulakan pada jam 9.25pagi.
Persidangan tersebut telah dipengerusikan oleh
Tn. Hj. Adon bin Hj. Ahmad, selaku Pengerusi Tetap Umno Cawangan Bukit Ibam,turut disertai Timbalan Pengerusi Tetap iaitu
En. Othman bin Abdul Ghafar,manakala
En. Ishak bin Mokhtar selaku wakil dari bahagian Rompin yang telah sudi meluangkan masa berharga beliau untuk bersama-sama menghadiri persidangan kali-22 Umno Cawangan Bukit Ibam.
Sepertimana lancarnya perjalanan mesyuarat tersebut yang mengikuti agenda, maka segala ketetapan serta usul-usul akan dibawa keperingkat seterusnya dan insyaAllah ianyakan direalisasikan.
Maka diucapkan jutaan terimakasih kepada sekalian yang dapat menghadirkan diri sehingga selesai Persidangan Umno Cawangan Bukit Ibam kali 22 pada jam 12.45 tengahari.