Saturday, December 1, 2012

PWTC 2012


 Menghadiri persidangan UMNO di PWTC




















Pembangkang Dibidas Gadai Agama Dan Akidah

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Tindakan pembangkang melonjakkan konsep dan pendirian yang boleh menggadai agama dan akidah Islam menunjukkan ada yang tidak kena dengan perjuangan mereka.
Rata-rata perwakilan UMNO yang membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012, di sini hari ini, membidas tindakan pembangkang yang dilihat mampu menjahanamkan umat Islam dan membawa padah kepada seluruh rakyat Malaysia.
Wakil Kedah, Mohd Kamal Saidin misalnya, berkata: “Sesiapa yang menyatakan agama lain sama atau lebih tinggi (kedudukannya daripada Islam), maka tersisihlah dia daripada jalan Allah.
“Mereka melampau hingga sanggup mengatakan undang-undang menyekat LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) lapuk, menghalalkan sembahyang dua imam dan mengharamkan sembelihan orang UMNO.”
Sambil menegaskan pihak berkenaan telah terkunci hati dan tertutup penglihatan daripada kebenaran, Mohd Kamal berkata tidak ada sebab rakyat menyokong mereka.
Mohd Kamal turut mengecam Pas yang sanggup bersekongkol dengan golongan yang memperjuangan pluralisme selain tidak mahu bersahabat dengan UMNO yang jelas menjunjung kesucian Islam dalam perjuangannya.
Menyifatkan DAP sebagai “zalim” berhubung apa yang didakwa penindasan terhadap orang Melayu di Pulau Pinang, beliau berkata: “Mengapa Pas memilih berkawan dengan orang yang zalim seperti DAP?
“Mengapa tidak memilih kita, UMNO, yang menghulur kasih sayang sesama umat Melayu dan Islam.”
Rakyat yang celik katanya, akan melihat sendiri betapa sesatnya Pas dan konco-konco pakatannya dan akan terus memilih untuk bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Tegasnya, rakyat harus menyokong pakatan BN yang tersusun rapi sejak sekian lama yang ternyata mampu meneruskan usaha membawa kemakmuran untuk negara.
Ketika menyokong usul itu, wakil Puteri UMNO Hasrunizah Hassan berkata umat Islam perlu bersatu dalam memastikan gejala penyelewengan akidah dapat diatasi dengan hikmah dan bijaksana.
“Gejala-gejala keruntuhan akidah bukan sahaja menggugat kemurnian dan kesucian Islam, malah sebenarnya telah menjatuhkan kemuliaan dan darjat manusia,” tegasnya.

Laman Utama UMNO Online

umno tube

Umno Umno online.

http://www.kpmu.net/