Sah Fitnah Sarawak Report Digunakan Untuk Bebaskan Anwar, Permohonan Batal Pemenjaraan Difailkan Hari Ini
1. Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan laporan Sarawak Report yang mendakwa Perdana Menteri membayar ketua pendakwaraya Tan Sri Shafee Abdullah RM9.5 juta sebagai alasan untuk membatalkan kesalahan liwatnya ke atas Saiful Bukhari Azlan.
2. Biro Komunikasi PKR menerusi satu kenyataan dipetik berkata, Sarawak Report mendedahkan Shafee selaku pendakwaraya kes liwat Anwar telah menerima RM9.5 juta wang 1MDB daripada akaun Datuk Seri Najib Tun Razak. Permohonan akan dibuat oleh peguam PKR, Latheefa Koya.
3. Pendedahan mula dibuat Sarawak Report minggu lalu kononnya Najib memasukkan RM9.5 juta wang 1MDB ke akaun Shafee sebagai balasan untuk memastikan Anwar didapati bersalah diatas kesalahan meliwat seterusnya dipenjarakan.
4. Tampil membidas laporan Sarawak Report, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, dakwaan oleh pengendali blog, Clare Rewcastle Brown itu adalah fitnah dan cubaan untuk memburukkan institusi kehakiman negara.
5. Menurutnya, akaun Ambank Najib yang dirujuk oleh Sarawak Report sebagai akaun pendeposit ke akaun Shafee pada tahun 2014 sudah ditutup pada 30 Ogos 2013.
6. Musa juga mendakwa pernah menjadi mangsa fitnah seperti itu apabila didakwa menerima wang daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Perdana Menteri bagi menyiasat tuduhan liwat yang pertama terhadap Anwar pada tahun 1998.
7. Jelas, isu yang dibangkitkan oleh Sarawak Report adalah fitnah semata-mata dan ianya adalah cubaan terbaru bagi memadamkan kesalahan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya.
8. Penganalisis politik Raja Petra Kamaruddin menjelaskan, langkah terbaru ini ekoran Yang di Pertuan Agong enggan meluluskan pengampunan diraja kepada Anwar yang difailkan oleh keluarga Ketua de Facto PKR itu sebanyak 2 kali.
9. Anwar mahu menggunakan berita palsu ini untuk mengubah sabitan kesalahannya dan beliau sedar bahawa Yang di Pertuan Agong tidak akan memberikannya pengampunan (lagipun, Anwar tidak pernah memohon untuk mendapatkan pengampunan jadi bagaimana baginda mahu memberi keampunan jika dia tidak pernah minta.