Salam sejahtera...
UMNO Caw. Bukit Ibam telah pun melaksanakan mesyuarat tahunan kali 24/2011 pada 27hb Mac 2011/22 R'Akhir 1432H dengan lancarnya serta dihadiri oleh wakil UMNO Bahagian Rompin iaitu En. Jalaluddin Deli dengan jumlah ahli cawangan seramai 500 orang serta kehadiran ahli yang bermesyuarat pada hari tersebut seramai 145 orang.
Di atas faktor kesihatan maka Pengerusi Tetap iaitu Tn. Hj. Adon bin Ahmad tidak dapat menghadirkan diri,turut sama Naib.Timbalan Pengerusi Saudara En. Othman bin Abdul Ghafar tidak dapat juga menghadirkan kan diri di atas sebab-sebab yang beliau tidak dapat dielakkan.Namun begitu ahli UMNO yang hadir sebulat suara memilih ahli UMNO yang hadir iaitu saudara En. Zamri bin Budin sebagai Pengerusi Sementara bagi meneruskan majlis persidangan tersebut berjalan dengan lancar.
Mesyuarat tesebut tamat jam 12.00 tengahari.