Alhamdulillah dengan izinNya maka sesi yang dirancangkan telah berjalan dengan lancarnya.
Penjelasan daripada Bekas Ketua Pemuda Pas Terengganu iaitu Ust.Wan Mohamad bin.Ahmad ( adik Mat) telah banyak menjelaskan bagaimana beliau telah berpatah arang dengan parti PAS,dimana beliau bersemangat menceritakan hal salah laku ahli serta pemimpin dikalangan parti PAS itu sendiri...Mengapa beliau meninggalkan PAS,perkara tersebut telah dijelaskan dengan sebenar-benarnya..
Antara dailog" Bila BN memerintah apa saja dari BN adalah haram,tapi bila Terengganu ditadbir oleh PAS apa saja dari PAS adalah halal."semasa BARISAN NASIONAL mentadbir Terengganu"Tak boleh bersembahyang Jumaat di masjid yang didirikan oleh kerajaan BARISAN NASIONAL,maka wujud pula masjid baru dibina oleh PAS,dan apabila Terengganu di tadbir oleh PAS...maka dikerahkan semua makmun PAS untuk bersembahyang Jumaat pula di masjid yang dibina oleh kerajaan BARISAN NASIONAL.
Dahulu Parti PAS~ menuduh UMNO kafir kerana bergerak bersama MCA dan MIC,tapi sekarang PAS bergerak bersama DAP & PKR macam mana pula hukumnya...maka sekarang hukumnya TAKPA pula..
Ust. Wan Mohamad sedang menyampaikan penjelasan dengan terperinci. |
Pihak PAS begitu pandai memutar belit serta mempergunakan AGAMA ISLAM serta HUKUM_HUKUM dan FATWA bagi menarik masyarakat Melayu khasnya yang beragama Islam..
Sedarlah wahai bangsa Melayu yang beragama Islam....