Skandal Bilion Ringgit Wang Rakyat & Tindakan Mahkamah
1. Lim Guan Eng dan kerajaan DAP negeri kini sedang bergelut dengan skandal bilion ringgit wang rakyat. Di antaranya melibatkan Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang kerana dikatakan menelan kos kajian dan pembinaan yang tidak masuk akal.
2. Ironinya, projek itu didakwa 'telah berjalan mengikut jadual' tetapi kini, kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada tahun 2022 pula, jauh menyimpang daripada jadual perlaksaan versi kerajaan cauvinis DAP negeri.
3. Kos perunding projek itu berjumlah RM305 juta. Sebelum ini, profesional Lembaga Jurutera telah membuat pengiraan di mana bayaran maksimum yang dibenarkan berdasarkan skala harga ialah RM41 juta bagi 3 projek utama jalan raya di Pulau Pinang.
4. Manakala, sejumlah RM177.5 juta yang dibayar kerajaan DAP adalah 4 kali ganda bayaran maksimum dan nilai RM177.5 juta itu tidak termasuk sebarang bayaran untuk terowong kerana kajian untuknya belum selesai tetapi sudah dibayar!
5. Lim Guan Eng juga semakin pening kepala apabila terdapat laporan berita yang merujuk kepada beberapa pihak kontraktor jalanraya yang mempertikaikan sikap 'murah hati' kerajaan DAP ini.