Thursday, November 4, 2010

Apa Khabar YAng Berhormat

Selamat Sejahtera...

tahniah kepada mereka....

ADUN Galas....

ADUN Batu Sapi....

Monday, June 7, 2010

KECEWA


Salam Sejahtera...

Merujuk kepada keratan akbar Sinar Harian yang bertarikh 06hb Jun 2010(Ahad).

Berikutan nama ahli Umno yang tiada dalam senarai serta rasa kecewa oleh pihak terbabit telah mendorong sebahagian dari mereka membuat aduan kepada akbar Sinar Harian seperti yang tertera.

Namun begitu pihak Umno Caw. Bukit Ibam telah menjalan tugasan serta amanah yang telah diberikan oleh pihak Majlis Tertinggi bagi mengenal pasti dikalangan ahli yang menjadi yang menjadi "gunting dalam lipatan"yang mana status keahliannya adalah UMNO namun dalam masa yang sama ada dikalangan mereka ini yang cuba menjatuhkan maruah perjuangan UMNO itu sendiri.

Lebih jelas lagi di dalam gambar pada keratan akbar itu ada ahli yang namanya masih tertera didalam senarai keahlian tahun 2010 ( Dua dari Kiri) tetapi turut sama mengambil bahagian dalam protes tersebut...

Bagi bekas Mantan ketua Umno tersebut bersama para penyokongnya...Apakah sumbangan,Dimanakah mereka ini semasa PRU 12 Lalu,Bilik gerakan bergelap disebabkan mereka ini..siapakah yang memboikot bilik gerakan.!!!

Begitu juga ada yang masih lagi berstatuskan ahli Umno namun terang-terangan berkempen untuk parti pembangkang.( Dua dari kanan )..Apakah maksud tindakan beliau turut bergambar bersama -sama..

" moga tiada lagi musang yang berbulu ayam "
" JAUHARI JUGA YANG MENGENAL MANIKAM "

* BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT *


Saturday, June 5, 2010

PERSIDANGAN UMNO CAW.BUKIT IBAM KALI-23.









Selamat sejahtera..
Salam 1Malaysia.

Syukur kehadrat Allah S.W.T,maka dengan izinnya Persidangan UMNO Kali-23 Cawangan Bukit Ibam berjalan dengan lancar walaupun terdapat pihak yang cuba menganggu situasi perjalanan persidangan tersebut,Kerana ada dari kalangan mereka yang memohon penjelasan mengenai Isu Pemutihan ahli UMNO.

Namun demikian persidangan dapat dimulakan dengan keadaan baik di mana Tn. Hj. Adon bin Ahmad selaku Pengerusi Tetap persidangan telah memimpin bacaan doa.Terimakasih kepada En. Ismail bin Hj. Taib wakil UMNO Bahagian yang sudi meluangkan masa hadir,begitu juga terimakasih kepada saudara Timbalan Pengerusi Tetap En. Othman Bin Abd Ghafar yang turut hadir.

Pada persidangan kali ini juga seramai 74 borang pendaftaran ahli baru telah diserahkan oleh saudara En. Suhaimi kepada Pemangku Ketua UMNO Caw. Bukit Ibam iaitu En. Wan Zainudin bin Wan Chik.

Ucapan Terimakasih tidak terhingga juga kepada wartawan Akbar Sinar Harian edisi kawasan Rompin yang begitu perihatin yang sudi hadir sama walaupun tidak seorang pun dikalangan jawatankuasa UMNO Caw Bukit Ibam yang menjemput beliau,oleh sebab demikian kami mohon kepada Akbar Sinar Harian khasnya Edisi Rompin,apabila kami menjemput ke kawasan kami bagi melapor berita jangan pula diberi pelbagai alasan sepertimana yang telah dilakukan sebelum ini contohnya; kejayaan pasukan kami mendapat tempat pertama dalan "Festival Pertandingan Memasak Bubur As-Syura Peringkat Negeri Pahang 2010" Namun sekeping gambar atau cerita perihal pasukan kami tidak terpapar dalam akbar Sinar Harian.Sebagai pemberita yang sedia maklum dengan tanggung jawab serta peranan adalah lebih arif menilaikannya serta ada pro dan kontra nya.

Ucapan terimakasih juga kepada kepada AHLI UMNO CAW.BUKIT IBAM khasnya yang memberikan komitmen dengan kehadiran sehingga melangkaui 200 orang ahli hadir serta menunjukkan kesetiaan kepada Parti UMNO .Syabas diucapkan,, komitmen yang dipamerkan dengan kehadiran menampakkan bahawa UMNO masih lagi relevan namun begitu UMNO Cawangan Bukit Ibam akan sentiasa memastikan ahli-ahlinya sentiasa berdiri teguh dibelakang parti yang menjadi tunjang kesejahteraan Negara kita yang tercinta MALAYSIA..serta kami AJK UMNO Caw Bukit Ibam bersama setiap dari ahlinya akan tetap " BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT " demi UMNO yang tercinta..

Persidangan ditangguhkan jam 11.40pg.


umno tube

Umno Umno online.

http://www.kpmu.net/