Sunday, August 25, 2013

Mesyuarat Agung UMNO Caw.Bukit Ibam N40 Kali 26.

Pendaftaran kehadiran ahli UMNO cawangan Bukit Ibam.
 Malaysia Tanah Tumpah DarahKu..
Alhamdulillah maka dengan izinNya jua maka Mesyuarat Agung UMNO Cawangan dapat dijalankan dengan begitu lancar dari mula hingga keakhirnya.

Pada mesyuarat kali ini pemilihan jawatankuasa telah dilaksanakan dengan sistem pengisian borang.Syukur juga dengan kehadiran seramai lebih dari 150 ahli maka mesyuarat terus dijalan.
Semoga jawatankuasa yang baru dilantik akan terus memperjuangkan demi Parti  serta kesinambungan UMNO .
 pengesahan kehadiran
  
Ahli UMNO sedang menyanyikan lagu "Bersatu"
Begitu juga dengan Wanita/Puteri..
 Terimakasih kepada jawatankuasa dari UMNO Bahagian yang hadir iaitu En. Ismail Taib,Pegawa Pemantau Negeri En. Razak.
Terima Kasih kepada Pengerusi Sementara ,En. Maznan Said .

Warga yang setia pada parti..

En. Wan Zainudin selaku Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Bukit Ibam 2013/2015.

Syabas kepada Ketua Pemuda yang baru En. Ahmad Khairul Rani.

Ucapan dari Wakil UMNO Bahagian En. Ismail Taib

Tahniah kepada En. Md Zamri bin Budin yang telah dilantik sebagai Ketua UMNO Caw. Bukit Ibam 2013/2015.

Thursday, August 15, 2013

PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN BUKIT IBAM KALI 26/2013

Kepada,

Semua Ahli UMNO Cawangan Bukit Ibam.

Per: PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN BUKIT IBAM KALI 26/2013.

Perkara di atas adalah dirujuk,
2. Bersesuian perkara 04.FASAL 4.1. dan perkara 06.FASAL 6.4,peraturan persidangan cawangan UMNO,maka dengan ini sepertimana saya yang telah diarahkan untuk memaklumkan kepada setiap ahli bahawa Persidangan UMNO Cawangan Bukit Ibam kali-26 akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 25 August 2013 / 18 Syawal 1434H.
Masa  : 9.30.pagi.
Tempat : Dewan Orang Ramai MDR Bukit Ibam.

MOHON BAWA KAD PENGENALAN DIRI  BERSAMA.

3. Kami harapkan Dato/Datin/Tuan/Puan/En/Cik dapat menghadirkan diri demi menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Cawangan Bukit Ibam.

       *BERSATU , BERSETIA , BERKHIDMAT *

Sekian Terima Kasih

Tuesday, March 19, 2013

En.W.Zainuddin selaku ketua PDM Bukit Ibam menyerahkan  sumbangan ikhsan kepada En. Mahat
 yangmengalami Kanser Tulang serta masalah jantung di kediaman beliau.

Saturday, March 2, 2013

YB ADUN Bukit Ibam Dato'Hj.Mohamad Safri bin Abdul Aziz  sedang  menyampaikan ucapan kepada para pelajar Kelab KelanaSiswa Politeknik Muadzam Shah yang berkunjung .
 Salam 1Malaysia.
Pada 02 Mac 2013(sabtu) satu program Explorasi oleh Kelab KelanaSiswa Politeknik Muadzam Shah  bersama Jawatankuasa Keselamatan Kampung serta dibantu oleh Puteri Umno Cawangan dan juga Belia Bukit Ibam telah diadakan di sekitar Bukit Ibam. Program tersebut dapat mendekatkan lagi diantara pelajar bersama penduduk setempat khasnya penduduk Bukit Ibam.
Pada tengahari para pelajar tersebut telah dijemput untuk menghadiri jamuan dimajlis perkahwinan salah seorang anak jawatankuasa Umno cawangan Bukit Ibam iaitu En. Abdul malek bin Mohamad.

kenangan para pelajar kelab Kelanasiswa serta En.Mohd Firdaus Norhadi(Penasihat Kelab) dan juga Pengerusi JKKK  Bukit Ibam En. Zamri bin Budin bersama urusetia.
YB.Adun Bukit Ibam telah sempat meluangkan masa menghadiri program anjuran Kelab Kelanasiswa serta menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam pertandingan Explorasi  Sosial KLKM.
Setiusaha UMNO Bahagian Rompin Dato'W.Kadri 

Wednesday, February 20, 2013

Taklimat PDM N40

 Salam 1Malaysia..
Pemantauan PDM telah dilaksanakan oleh Umno Bahagian Rompin yang hadir ke PDM Bukit Ibam pada 19hb Februari 2013 bagi memastikan semua PDM bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 kalai ini.
tekun mendengar taklimat.
 Kehadiran Pemantau kali ini telah menyampaikan taklimat kepada semua jentera baik wanita/pemuda/puteri agar meningkat gandakan usaha mendekati para pengundi.

Monday, February 18, 2013

PDM N40 Bukit Ibam

Antara Puteri Umno Caw Bukit Ibam yg menghadirkan diri.
 Salam 1 Malaysia...
Demi memastikan parti UMNO akan terus menerajui Negara Malaysia yang tercinta,sehingga memacu kejayaan seadanya dan menikmati keadaan ekonomi yang terus aktif di peringkat global.Kami dari akar umbi senantiasa memastikan kecapan kenikmatan Malaysia akan terus kekal sehingga ke titisan darah terakhir.
Serta Wanita Umno Caw Bukit Ibam yang aktif

Kepada pemimpin, tak kira dari peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat Perdana Menteri..

Friday, February 1, 2013

Lawatan Ke PDM N 40 Bukit Ibam

Lawatan oleh Ketua UMNO BAHAGIAN  ROMPIN bersama KETUA PEMUDA UMNOBAHAGIAN ROMPIN ke PDM Bukit Ibam

Sunday, January 27, 2013

JAKIM: Tiada Kalimah ‘Allah’ Dalam Injil, Waspada Dengan Tuntutan Kristian

Friday, 25 January 2013 17:00
malay bibleKUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengeluarkan teks rasmi khutbah Jumaat yang menegaskan kalimah “Allah” tidak terdapat dalam Injil mahupun Taurat, serta mengingatkan umat Islam supaya menolak tuntutan penganut Kristian yang mahu menggunakan perkataan Arab itu di dalam kitab mereka.
Kenyataan JAKIM ini dilihat sama sekali bertentangan dengan pendapat oleh bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengatakan penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah “Allah” jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad.

“Pertama, sebelum kita nak bincang Bible tak Bible ni, simple je. Bila orang Kristian ni pi kata, pi sebut Al- Masih anak Allah. Bila? ” tanya beliau seperti dilapor The Malaysian Insider 17 Januari lalu.

“Kelmarin dulu ka? Mula dengan geng Penang tu ka? Ataupun dah lama? Bila? Saya nak tanya, ada dak Yahudi dan Kristian di Madinah? Ada dak? Mereka hidup dak? Nabi benarkan tak mereka hidup?”

Teks khutbah hari ini mendakwa tujuan penganut Kristian membuat tuntutan dan usaha untuk menyebabkan umat Islam berpecah-belah serta tidak bersatu-padu.

“Hari ini musuh-musuh Islam cuba memesongkan dan meruntuhkan akidah ummah,” tulis teks yang dikeluarkan JAKIM untuk dibacakan dalam khutbah Jumaat hari ini.

“Mereka bersatu sesama mereka dan berusaha dengan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan membuat tuntutan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab mereka.”

Malahan teks khutbah itu turut berkata kitab Injil yang menjadi rujukan kepada penganut Kristian tidak pernah merujuk tuhan mereka sebagai “Allah” sebaliknya menggunakan kata “The Lord”.

“Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan berdasarkan kajian ilmiah bahawa kalimah Allah tidak pernah terdapat di dalam Taurat ataupun Bible,” tulis teks tersebut lagi.

“Mereka percaya bahawa tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan ), God the Son (Anak Tuhan ) dan Holy Spirit (Roh kudus), dan ketiga eleman ini dirujuk sebagai satu tuhan dengan panggilan umum (The Lord).”

Dalam teks khutbah itu lagi, JAKIM berkata ketetapan supaya kalimah “Allah” hanya khusus untuk umat Islam ialah bagi mengelak berlaku kekeliruan dan tersilap tentang identiti tuhan mereka.

“Sikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya.

“Kerana matlamat mereka yang utama adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa agama adalah sama,” kata teks khutbah yang ditulis JAKIM itu lagi.

Semasa kemuncak perdebatan melibatkan isu kalimah “Allah” ini dibincangkan, Mohd Asri antara tokoh agama yang tampil untuk memberikan penjelasan mengenai kemelut yang berlaku dalam negara ketika ini dan mempertahankan umat Islam tidak akan terkeliru dengan penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam jika setiap umat Islam jelas dengan kepercayaan mereka.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia itu juga menjelaskan, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Yahudi dan Kristian adalah di antara sebab mereka digelar Ahli Kitab di dalam Al-Quran.

“Musyrikin orang yang mensyirikkan Allah. Sebab apa dia syirik? Sebab dia kata di samping Allah ‘beside Allah there is another god’. Di samping Allah ada tuhan yang lain.

“Maka dia dinamakan dengan Musyrikin. Kalau dia tak percaya langsung Allah itu namanya Atheist,” katanya lagi.

Mohd Asri mengatakan, tidak ada masalah jika kerajaan mahu menguatkuasakan undang-undang menghalang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah bagi mengelakkan kekecohan tetapi jangan beri alasan Islam yang melarang penggunaan perkataan Arab tersebut.

Isu kalimah “Allah” tersebut berlanjutan dan terkini yang menjadi kontroversi adalah ugutan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim yang menggesa umat Islam untuk membakar kitab Injil berbahasa Melayu sehinggakan mengundang pelbagai kritikan daripada pemimpin politik Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat, aktivis serta pengamal undang-undang.

Kemuncak isu tentang kalimah “Allah” kembali diperkatakan semula selepas sambutan Perayaan Hari Natal tahun lalu, apabila penganut Kristian meminta Putrajaya untuk membenarkan kalimah suci tersebut digunakan dalam kitab Injil berbahasa Melayu tetapi kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah” bermaksud tuhan kepada orang Islam.

Selain itu, keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 mengatakan perkataan “Allah” tidak terhad kepada orang Islam dan Gereja Katolik mempunyai hak untuk menerbitkan perkataan dalam seksyen bahasa Melayu akhbar mingguan itu, Herald.

Penghantaran Alkitab, kitab Injil dalam bahasa Melayu kepada Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Melayu telah disekat atau dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan akhirnya tunduk kepada tekanan dan membebaskannya pada tahun 2011.

Oleh Md Izwan / The Malaysian Insider

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jakim-tiada-kalimah-allah-dalam-injil-waspada-dengan-tuntutan-kristian/

umno tube

Umno Umno online.

http://www.kpmu.net/

Blog Archive