Sunday, February 8, 2009



Salam untuk Semua......


Apa dah jadi sekarang dengan PR.....KS dah main tuduh pulak dengan DSAI.... nampaknya telah kelihatan retak menanti belah......tunggu masa tersinggul ....
Benarlah seperti adegan dalam kartun yang disiarkan.... ....................
Terguris perasaan orang Melayu.... angkara KS..........




  • Menghina raja patut kena tindakan ISA

  • Kaji kewajaran lucut kerakyatan Karpal Singh

  • Syor penderhaka diharam jejak kaki di Perak.



  • moga kejadian tersebut menjadi ikhtibar kepada rakyat jelata...
    Ampun Tuanku Beribu Ampun, sembah patik harap diampun..
    Daulat Tuanku..






    Saturday, February 7, 2009



    Daulat Tuanku..
    Kedaulatan Raja dicabar..
    Maka teringatlah saya pada kisah sejarah dibangku sekolah dulu..mengenai ROBOHNYA KOTA MELAKA...hampir samalah rasanya keadaan golongan yang tak menghormati sistem Beraja itulah yang telah menjadi gunting dalam lipatan ...api dalam sekam....serta bermacam bidalan bahasa lagi....menyebabkan Kota Melaka telah dijajah oleh bangsa asing.....
    Masihkah kita ingat.........dalam tv cerita kesultanan melayu pun ada contoh - contoh rakyat yang bersikap demikian demi matlamat sendiri...sanggup bersekongkol mengadaikan maruah bangsa sendiri, maka berwaspadalah wahai sahabatku terhadap golongan tersebut yakni golongan Pakatan Rakyat dalam ertikata lain (Penderhaka Raja )........
    Sejarah telah mengajar kita semua itu....
    In English:

    WHEREAS OUR COUNTRY MALAYSIA nurtures the ambitions of:achieving a more perfect unity amongst the whole of her society;preserving a democratic way of life;creating a just society where the prosperity of the country can be enjoyed together in a fair and equitable manner;guaranteeing a liberal approach towards her rich and varied cultural traditions; andbuilding a progressive society that will make use of science and modern technology.NOW THEREFORE WE, the people of Malaysia, pledge to concentrate the whole of our energy and efforts to achieve these ambitions based on the following principles:
    • BELIEF IN GOD
    • LOYALTY TO KING AND COUNTRY
    • THE SUPREMACY OF THE CONSTITUTION
    • THE RULE OF LAW
    • COURTESY AND MORALITY


    BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
    mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
    memelihara satu cara hidup demokratik ;
    mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
    menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
    membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    Thursday, February 5, 2009

    Tumbang...dahhh....Pakatan Rapuh..



    Salam Sejahtera.... hidup...Umno....Pertama kami AJK Umno Caw.Bukit Ibam mengucapkan setinggi-tinggi ribuan ucapan taniah kepada YAB Dato'Sri dengan penuh kesabaran , kecekalan dan semangat roh UMNO yang dimiliki dari pesaka pemimpin terdahulu ,maka hari ini YAB Dato'Sri membuktikan bahawa parti UMNO sememangnya GAGAH dengan kepintaran dan pengalaman YAB.Dato'Sri hari ini kembali parti UMNO dan BN menguasai pemerintahan kerajaan Negeri Perak dari parti Pakatan Rakyat ( PR ). YAB Dato'Sri kami merasa bangga selaku anak PAHANG dengan terbuktinya kepintaran dan kebijaksanaan YAB Dato'Sri menumbangkan egois PR yang sering memburukkan dengan pelbagai tohmahan terhadap parti UMNO dan ada mereka memandang sinis kewibawaan YAB Dato'Sri...
    Dengan kejayaan ini membangkitkan semangat roh UMNO kepada ahli-ahli umno yang kini terasa lemah dan longlai dengan dua ( 02 ) kekalahan pada pilihanraya kecil baru - baru ini kembali bangkit dan terasa tiupan kencang kebangkitan mendadak kekuatan UMNO yang kite sayangi itu. Insyallah kami mendoakan kejayaan ini membuktikan YAB Dato'Sri sebagai penerus generasi kepimpinan parti dan Negara yang akan terus CEMERLANG ,GEMILANG DAN TERBILANG.Membawa Negara kepesada Dunia terbuka ini.

    YAB.DATO'SRI sempena kejayaan pada malam ini, pihak kami mengadakan majlis TAHLIL DAN YASIN UNTUK ALLAHYARHAM TUN RAZAK bersama JKKK serta penduduk Bukit Ibam. Dan program ini akan berterusan setiap tahun sebagai program tahunan kami.......HIDUP UMNO .....HIDUP MELAYU .....KEJAYAAN BN KEMENANGAN UMNO.....TQ YAB.DATO'SRI...Wasallam.
    Posted by Picasa

    Wednesday, February 4, 2009

    Perak


    Salam sejahtera....

    Khasnya kepada warga Barisan Nasional Malaysia dengan perkhabaran di Negeri Perak DarulRidzuan,seperti kenyataan di media elektronik serta media massa.... itulah kisah benar yang terjadi sekarang.....maka timbul pula pelbagai kenyataan - kenyataan (komen) yang kurang menarik telah dituliskan berikutan cerita tersebut.


    Sunday, January 11, 2009

    K.T.06/01/09



    Nyanyian lagu oleh Pemuda Umno Shah Alam..... Berkobar-kobar....

    Sunday, January 4, 2009

    nampak....


    Kita tidak hairan kalau Lim Guan Eng memperbudakkan Anwar. Namun bagi seorang Melayu yang sensitif kita amat terkejut dengan peristiwa ini.Apa boleh buat, itulah ketuanan rakyat yang Anwar mahukan.Lim Guan Eng minta Anwar tolong tengok-tengokkan penyokong PKR yang memberontak tidak puas hati dengan PAS. Kalau mereka berterusan bergaduh maka tiada can lah nak tawan Malaysia. Malahan tiada can nak jadi PM atau TPM atau Menteri Kabinet.Lim kata DAP akan bagi sokongan kat PAS dalam PRK Kuala Terengganu nanti, itupun selepas Husam Musa 'corner' impian Nik Aziz nak laksana Hudud. Bang Nuar takkan bersuara pasal sokong Hudud. Kalau dia berani bersuara dan cakap setuju, maka talak tiga lah dengan DAP.Ambe pun pening sama gak dengan tiga parti ini, kadang-kadang PAS ajar DAP, PAS ajar PKR, PKR ajar PAS, PKR ajar DAP, DAP ajar PAS dan DAP ajar PKR. Yang pasti mereka akan berlumba-lumba mengibarkan bendera mereka di Terengganu.

    Tuesday, December 23, 2008

    Sejahtera ke atas Semua...

    .....Tak lama lagi saudara/i... maka akan berlangsunglah..pilihanraya kecil di kawasan bumi Trengganu...InsyAllah...maka sebagai salah seorang ahli yang berdaftar yang serba sedikit ingin juga memberikan komitmen kepada United Malaysian National Organization...dengan wajarnya juga menegaskan kepada parti pakatan rakyat...se...nye.... sekarang ini pun rakyat dah berbelah bagi...... bagai retak menanti belah..... apabila Parti Islam Semalaysia yang tetap dengan Egoisnya untuk meneruskan HUKUM HUDUD .... namun berbunyi sumbang sebalik tabir walhal kawan-kawan sepakatan yang lain terang - terangan kurang selesa dengan hujah yang telah di sampaikan oleh Naib Presiden Pas , Datuk Husam Musa apabila dicabar oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin pada Wacana Perdana di Kota Baru,sabtu lalu.

    Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP ,Lim Guan Eng pula..kelihatan agak terkejut bila mendengarkan perkara tersebut,jelasnya, hukum hudud itu tidak terdapat dalam manifesto Pakatan Rakyat serta beliau menentang kenyataan oleh Pas itu...

    Kita telah mendengar,membaca...perihal percanggahan pendapat tersebut....diantara sesama mereka dalam Pakatan Rakyat(PR).........Nanti kita sama-sama dilihatkan bagaimana rakannya yang akan mengalas peranan sebagai kawan bagi membantu...rakannya iaitu dalam Pakatan Rakyat (PR)...
    ............Pepat nampak....Diluar ...namun... Runcing.... di dalamnya......
    ............Tiap yang berkilau itu.......Bukannya....Permata ....


    Bersatu,Bersetia,Berkhidmat..

    umno tube

    Umno Umno online.

    http://www.kpmu.net/