Wednesday, February 20, 2013

Taklimat PDM N40

 Salam 1Malaysia..
Pemantauan PDM telah dilaksanakan oleh Umno Bahagian Rompin yang hadir ke PDM Bukit Ibam pada 19hb Februari 2013 bagi memastikan semua PDM bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 kalai ini.
tekun mendengar taklimat.
 Kehadiran Pemantau kali ini telah menyampaikan taklimat kepada semua jentera baik wanita/pemuda/puteri agar meningkat gandakan usaha mendekati para pengundi.

Monday, February 18, 2013

PDM N40 Bukit Ibam

Antara Puteri Umno Caw Bukit Ibam yg menghadirkan diri.
 Salam 1 Malaysia...
Demi memastikan parti UMNO akan terus menerajui Negara Malaysia yang tercinta,sehingga memacu kejayaan seadanya dan menikmati keadaan ekonomi yang terus aktif di peringkat global.Kami dari akar umbi senantiasa memastikan kecapan kenikmatan Malaysia akan terus kekal sehingga ke titisan darah terakhir.
Serta Wanita Umno Caw Bukit Ibam yang aktif

Kepada pemimpin, tak kira dari peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat Perdana Menteri..

Friday, February 1, 2013

Lawatan Ke PDM N 40 Bukit Ibam

Lawatan oleh Ketua UMNO BAHAGIAN  ROMPIN bersama KETUA PEMUDA UMNOBAHAGIAN ROMPIN ke PDM Bukit Ibam

Sunday, January 27, 2013

JAKIM: Tiada Kalimah ‘Allah’ Dalam Injil, Waspada Dengan Tuntutan Kristian

Friday, 25 January 2013 17:00
malay bibleKUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengeluarkan teks rasmi khutbah Jumaat yang menegaskan kalimah “Allah” tidak terdapat dalam Injil mahupun Taurat, serta mengingatkan umat Islam supaya menolak tuntutan penganut Kristian yang mahu menggunakan perkataan Arab itu di dalam kitab mereka.
Kenyataan JAKIM ini dilihat sama sekali bertentangan dengan pendapat oleh bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengatakan penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah “Allah” jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad.

“Pertama, sebelum kita nak bincang Bible tak Bible ni, simple je. Bila orang Kristian ni pi kata, pi sebut Al- Masih anak Allah. Bila? ” tanya beliau seperti dilapor The Malaysian Insider 17 Januari lalu.

“Kelmarin dulu ka? Mula dengan geng Penang tu ka? Ataupun dah lama? Bila? Saya nak tanya, ada dak Yahudi dan Kristian di Madinah? Ada dak? Mereka hidup dak? Nabi benarkan tak mereka hidup?”

Teks khutbah hari ini mendakwa tujuan penganut Kristian membuat tuntutan dan usaha untuk menyebabkan umat Islam berpecah-belah serta tidak bersatu-padu.

“Hari ini musuh-musuh Islam cuba memesongkan dan meruntuhkan akidah ummah,” tulis teks yang dikeluarkan JAKIM untuk dibacakan dalam khutbah Jumaat hari ini.

“Mereka bersatu sesama mereka dan berusaha dengan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan membuat tuntutan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab mereka.”

Malahan teks khutbah itu turut berkata kitab Injil yang menjadi rujukan kepada penganut Kristian tidak pernah merujuk tuhan mereka sebagai “Allah” sebaliknya menggunakan kata “The Lord”.

“Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan berdasarkan kajian ilmiah bahawa kalimah Allah tidak pernah terdapat di dalam Taurat ataupun Bible,” tulis teks tersebut lagi.

“Mereka percaya bahawa tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan ), God the Son (Anak Tuhan ) dan Holy Spirit (Roh kudus), dan ketiga eleman ini dirujuk sebagai satu tuhan dengan panggilan umum (The Lord).”

Dalam teks khutbah itu lagi, JAKIM berkata ketetapan supaya kalimah “Allah” hanya khusus untuk umat Islam ialah bagi mengelak berlaku kekeliruan dan tersilap tentang identiti tuhan mereka.

“Sikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya.

“Kerana matlamat mereka yang utama adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa agama adalah sama,” kata teks khutbah yang ditulis JAKIM itu lagi.

Semasa kemuncak perdebatan melibatkan isu kalimah “Allah” ini dibincangkan, Mohd Asri antara tokoh agama yang tampil untuk memberikan penjelasan mengenai kemelut yang berlaku dalam negara ketika ini dan mempertahankan umat Islam tidak akan terkeliru dengan penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam jika setiap umat Islam jelas dengan kepercayaan mereka.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia itu juga menjelaskan, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Yahudi dan Kristian adalah di antara sebab mereka digelar Ahli Kitab di dalam Al-Quran.

“Musyrikin orang yang mensyirikkan Allah. Sebab apa dia syirik? Sebab dia kata di samping Allah ‘beside Allah there is another god’. Di samping Allah ada tuhan yang lain.

“Maka dia dinamakan dengan Musyrikin. Kalau dia tak percaya langsung Allah itu namanya Atheist,” katanya lagi.

Mohd Asri mengatakan, tidak ada masalah jika kerajaan mahu menguatkuasakan undang-undang menghalang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah bagi mengelakkan kekecohan tetapi jangan beri alasan Islam yang melarang penggunaan perkataan Arab tersebut.

Isu kalimah “Allah” tersebut berlanjutan dan terkini yang menjadi kontroversi adalah ugutan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim yang menggesa umat Islam untuk membakar kitab Injil berbahasa Melayu sehinggakan mengundang pelbagai kritikan daripada pemimpin politik Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat, aktivis serta pengamal undang-undang.

Kemuncak isu tentang kalimah “Allah” kembali diperkatakan semula selepas sambutan Perayaan Hari Natal tahun lalu, apabila penganut Kristian meminta Putrajaya untuk membenarkan kalimah suci tersebut digunakan dalam kitab Injil berbahasa Melayu tetapi kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah” bermaksud tuhan kepada orang Islam.

Selain itu, keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 mengatakan perkataan “Allah” tidak terhad kepada orang Islam dan Gereja Katolik mempunyai hak untuk menerbitkan perkataan dalam seksyen bahasa Melayu akhbar mingguan itu, Herald.

Penghantaran Alkitab, kitab Injil dalam bahasa Melayu kepada Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Melayu telah disekat atau dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan akhirnya tunduk kepada tekanan dan membebaskannya pada tahun 2011.

Oleh Md Izwan / The Malaysian Insider

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jakim-tiada-kalimah-allah-dalam-injil-waspada-dengan-tuntutan-kristian/

Saturday, December 1, 2012

PWTC 2012

 Menghadiri persidangan UMNO di PWTC

Pembangkang Dibidas Gadai Agama Dan Akidah

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Tindakan pembangkang melonjakkan konsep dan pendirian yang boleh menggadai agama dan akidah Islam menunjukkan ada yang tidak kena dengan perjuangan mereka.
Rata-rata perwakilan UMNO yang membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012, di sini hari ini, membidas tindakan pembangkang yang dilihat mampu menjahanamkan umat Islam dan membawa padah kepada seluruh rakyat Malaysia.
Wakil Kedah, Mohd Kamal Saidin misalnya, berkata: “Sesiapa yang menyatakan agama lain sama atau lebih tinggi (kedudukannya daripada Islam), maka tersisihlah dia daripada jalan Allah.
“Mereka melampau hingga sanggup mengatakan undang-undang menyekat LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) lapuk, menghalalkan sembahyang dua imam dan mengharamkan sembelihan orang UMNO.”
Sambil menegaskan pihak berkenaan telah terkunci hati dan tertutup penglihatan daripada kebenaran, Mohd Kamal berkata tidak ada sebab rakyat menyokong mereka.
Mohd Kamal turut mengecam Pas yang sanggup bersekongkol dengan golongan yang memperjuangan pluralisme selain tidak mahu bersahabat dengan UMNO yang jelas menjunjung kesucian Islam dalam perjuangannya.
Menyifatkan DAP sebagai “zalim” berhubung apa yang didakwa penindasan terhadap orang Melayu di Pulau Pinang, beliau berkata: “Mengapa Pas memilih berkawan dengan orang yang zalim seperti DAP?
“Mengapa tidak memilih kita, UMNO, yang menghulur kasih sayang sesama umat Melayu dan Islam.”
Rakyat yang celik katanya, akan melihat sendiri betapa sesatnya Pas dan konco-konco pakatannya dan akan terus memilih untuk bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Tegasnya, rakyat harus menyokong pakatan BN yang tersusun rapi sejak sekian lama yang ternyata mampu meneruskan usaha membawa kemakmuran untuk negara.
Ketika menyokong usul itu, wakil Puteri UMNO Hasrunizah Hassan berkata umat Islam perlu bersatu dalam memastikan gejala penyelewengan akidah dapat diatasi dengan hikmah dan bijaksana.
“Gejala-gejala keruntuhan akidah bukan sahaja menggugat kemurnian dan kesucian Islam, malah sebenarnya telah menjatuhkan kemuliaan dan darjat manusia,” tegasnya.

Laman Utama UMNO Online

Wednesday, October 17, 2012

SESI PENJELASAN DARI BEKAS KETUA PEMUDA PAS TERENGGANU

 Alhamdulillah dengan izinNya maka sesi yang dirancangkan telah berjalan dengan lancarnya.

Penjelasan daripada Bekas Ketua Pemuda Pas Terengganu iaitu Ust.Wan Mohamad bin.Ahmad ( adik Mat) telah banyak menjelaskan bagaimana beliau telah berpatah arang dengan parti PAS,dimana beliau bersemangat menceritakan hal salah laku  ahli serta pemimpin dikalangan parti PAS itu sendiri...Mengapa beliau meninggalkan PAS,perkara tersebut telah dijelaskan dengan sebenar-benarnya..

Antara dailog" Bila BN memerintah apa saja dari BN adalah haram,tapi bila Terengganu ditadbir oleh PAS apa saja dari PAS adalah halal."semasa BARISAN NASIONAL mentadbir Terengganu"Tak boleh bersembahyang Jumaat di masjid yang didirikan oleh kerajaan BARISAN NASIONAL,maka wujud pula masjid baru dibina oleh PAS,dan apabila Terengganu di tadbir oleh PAS...maka dikerahkan semua makmun PAS untuk bersembahyang Jumaat pula di masjid yang dibina oleh kerajaan BARISAN NASIONAL.

Dahulu Parti PAS~ menuduh UMNO  kafir kerana bergerak bersama MCA dan MIC,tapi sekarang PAS bergerak bersama DAP & PKR  macam mana pula hukumnya...maka sekarang hukumnya TAKPA pula..

Ust. Wan Mohamad sedang menyampaikan penjelasan dengan terperinci.
 Pihak PAS begitu pandai memutar belit serta mempergunakan AGAMA ISLAM serta HUKUM_HUKUM dan FATWA bagi menarik masyarakat Melayu khasnya yang beragama Islam..
Sedarlah wahai bangsa Melayu yang beragama Islam....

umno tube

Umno Umno online.

http://www.kpmu.net/