Friday, February 9, 2018

Kronik.

UMNO Online:
Dari Peringkat Negeri Hingga Kawasan Parlimen, Perang Pakatan Makin Kronik
http://www.umno-online.my/2018/02/08/dari-peringkat-negeri-hingga-kawasan-parlimen-perang-pakatan-makin-kronik/

JOHOR BAHRU, 8 Feb – Pertelingkahan di Selangor seakan-akan tidak menemukan titik noktah apabila isu pengagihan kerusi DUN terus dipertikaikan antara parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan. Penyelidik Persatuan Pemikir Muda Johor, Dhia Hani berkata, PKR, Dap, PAN dan PPBM tidak henti-henti bertikam lidah dan tuding menuding menjadi jalan penafian bagi menutup kegagalan masing-masing malah serang […]

Keadaan Baru


Sunday, February 4, 2018

UMNO Bantu Rakyat


Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 Manfaatkan 400,000 Orang
http://www.umno-online.my/2018/02/04/program-umno-bantu-rakyat-2-0-manfaatkan-400000-orang/

SIK, 4 Feb – Kira-kira 400,000 penerima mendapat manfaat daripada Program UMNO Bantu Rakyat 2.0  anjuran Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) sejak ia dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei tahun lepas. Pengerusi BiKUM Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pelbagai bentuk sumbangan diberikan kepada penerima termasuk pembukaan  akaun simpanan Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M) secara percuma kepada murid sekolah, pemberian kit makanan dan perkhidmatan menyelenggara motosikal secara percuma. “Kita mempelbagaikan bentuk sumbangan mengikut kesesuaian tempat dan keadaan… […]

Friday, July 14, 2017

Persidangan UMNO Bahagian Rompin

Selamat bersidang kepada Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Rompin di Dewan Muadzam Shah dan juga kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rompin di Dewan Angkat Berat Kuala Rompin pada hari ini

Thursday, July 6, 2017

Skandal

Skandal Bilion Ringgit Wang Rakyat & Tindakan Mahkamah 1. Lim Guan Eng dan kerajaan DAP negeri kini sedang bergelut dengan skandal bilion ringgit wang rakyat. Di antaranya melibatkan Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang kerana dikatakan menelan kos kajian dan pembinaan yang tidak masuk akal. 2. Ironinya, projek itu didakwa 'telah berjalan mengikut jadual' tetapi kini, kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada tahun 2022 pula, jauh menyimpang daripada jadual perlaksaan versi kerajaan cauvinis DAP negeri. 3. Kos perunding projek itu berjumlah RM305 juta. Sebelum ini, profesional Lembaga Jurutera telah membuat pengiraan di mana bayaran maksimum yang dibenarkan berdasarkan skala harga ialah RM41 juta bagi 3 projek utama jalan raya di Pulau Pinang. 4. Manakala, sejumlah RM177.5 juta yang dibayar kerajaan DAP adalah 4 kali ganda bayaran maksimum dan nilai RM177.5 juta itu tidak termasuk sebarang bayaran untuk terowong kerana kajian untuknya belum selesai tetapi sudah dibayar! 5. Lim Guan Eng juga semakin pening kepala apabila terdapat laporan berita yang merujuk kepada beberapa pihak kontraktor jalanraya yang mempertikaikan sikap 'murah hati' kerajaan DAP ini.

Sunday, June 11, 2017

Indah khabar dari rupa

KERAJAAN P. PINANG, INDAH KHABAR DARI RUPA: Skandal Tanah Bilion Ringgit: Fakta & Auta Yang Perlu Kita Tahu... 1. Laporan Ketua Audit Negara 2015 melaporkan bahawa prestasi pencapaian perbelanjaan projek-projek di bawah rancangan pembangunan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang bagi tahun 2011 hingga 2015 yang dibiayai oleh Kerajaan DAP negeri adalah KURANG MEMUASKAN. 2. Ianya kerana hanya sejumlah RM951.51 juta atau 55.4% dibelanjakan daripada peruntukan sejumlah RM1.72 bilion. 3. Jika kita merujuk jadual 4.11, Laporan Ketua Audit Negara 2015 telah menyatakan bahawa “Premium Tanah – Pemberian Hak Milik” telah meningkat 600% iaitu RM51.09 juta pada tahun 2011 kepada RM324.82 juta pada tahun 2015. 4. Nilai RM324.82 juta pada tahun 2015 ini adalah 17 kali ganda daripada nilai RM19 juta pada tahun 2008. 5. Kenyataannya, Kerajaan DAP negeri Pulau Pinang memang bergantung secara langsung dengan aktiviti penjualan tanah secara drastik. 6. Malangnya, mengurus negeri dengan menjual tanah milik negeri bukan sistem ekonomi yang cekap dan tidak dapat bertahan lama. #PakatanProDAP

Serawak report

Sah Fitnah Sarawak Report Digunakan Untuk Bebaskan Anwar, Permohonan Batal Pemenjaraan Difailkan Hari Ini 1. Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan laporan Sarawak Report yang mendakwa Perdana Menteri membayar ketua pendakwaraya Tan Sri Shafee Abdullah RM9.5 juta sebagai alasan untuk membatalkan kesalahan liwatnya ke atas Saiful Bukhari Azlan. 2. Biro Komunikasi PKR menerusi satu kenyataan dipetik berkata, Sarawak Report mendedahkan Shafee selaku pendakwaraya kes liwat Anwar telah menerima RM9.5 juta wang 1MDB daripada akaun Datuk Seri Najib Tun Razak. Permohonan akan dibuat oleh peguam PKR, Latheefa Koya. 3. Pendedahan mula dibuat Sarawak Report minggu lalu kononnya Najib memasukkan RM9.5 juta wang 1MDB ke akaun Shafee sebagai balasan untuk memastikan Anwar didapati bersalah diatas kesalahan meliwat seterusnya dipenjarakan. 4. Tampil membidas laporan Sarawak Report, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, dakwaan oleh pengendali blog, Clare Rewcastle Brown itu adalah fitnah dan cubaan untuk memburukkan institusi kehakiman negara. 5. Menurutnya, akaun Ambank Najib yang dirujuk oleh Sarawak Report sebagai akaun pendeposit ke akaun Shafee pada tahun 2014 sudah ditutup pada 30 Ogos 2013. 6. Musa juga mendakwa pernah menjadi mangsa fitnah seperti itu apabila didakwa menerima wang daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Perdana Menteri bagi menyiasat tuduhan liwat yang pertama terhadap Anwar pada tahun 1998. 7. Jelas, isu yang dibangkitkan oleh Sarawak Report adalah fitnah semata-mata dan ianya adalah cubaan terbaru bagi memadamkan kesalahan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya. 8. Penganalisis politik Raja Petra Kamaruddin menjelaskan, langkah terbaru ini ekoran Yang di Pertuan Agong enggan meluluskan pengampunan diraja kepada Anwar yang difailkan oleh keluarga Ketua de Facto PKR itu sebanyak 2 kali. 9. Anwar mahu menggunakan berita palsu ini untuk mengubah sabitan kesalahannya dan beliau sedar bahawa Yang di Pertuan Agong tidak akan memberikannya pengampunan (lagipun, Anwar tidak pernah memohon untuk mendapatkan pengampunan jadi bagaimana baginda mahu memberi keampunan jika dia tidak pernah minta.

umno tube

Umno Umno online.

http://www.kpmu.net/