Sunday, June 11, 2017

Indah khabar dari rupa

KERAJAAN P. PINANG, INDAH KHABAR DARI RUPA: Skandal Tanah Bilion Ringgit: Fakta & Auta Yang Perlu Kita Tahu... 1. Laporan Ketua Audit Negara 2015 melaporkan bahawa prestasi pencapaian perbelanjaan projek-projek di bawah rancangan pembangunan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang bagi tahun 2011 hingga 2015 yang dibiayai oleh Kerajaan DAP negeri adalah KURANG MEMUASKAN. 2. Ianya kerana hanya sejumlah RM951.51 juta atau 55.4% dibelanjakan daripada peruntukan sejumlah RM1.72 bilion. 3. Jika kita merujuk jadual 4.11, Laporan Ketua Audit Negara 2015 telah menyatakan bahawa “Premium Tanah – Pemberian Hak Milik” telah meningkat 600% iaitu RM51.09 juta pada tahun 2011 kepada RM324.82 juta pada tahun 2015. 4. Nilai RM324.82 juta pada tahun 2015 ini adalah 17 kali ganda daripada nilai RM19 juta pada tahun 2008. 5. Kenyataannya, Kerajaan DAP negeri Pulau Pinang memang bergantung secara langsung dengan aktiviti penjualan tanah secara drastik. 6. Malangnya, mengurus negeri dengan menjual tanah milik negeri bukan sistem ekonomi yang cekap dan tidak dapat bertahan lama. #PakatanProDAP

umno tube

Umno Umno online.

http://www.kpmu.net/