Wednesday, November 2, 2016

Sorok. Barang

Harga Melampau, Sorok Bekalan: 40,000kg Minyak Masak Dirampas

PUTRAJAYA - Sebanyak 40 tan minyak masak telah dirampas dalam operasi bekalan minyak masak yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bermula 21 Oktober hingga semalam.

Menurut Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin, kesemua rampasan itu melibatkan pemeriksaan ke atas 11,895 premis dengan nilai rampasan keseluruhan RM112 juta.

"Operasi yang dijalankan KPDNKK dapat mengesan 16 kes peniaga, pemborong, pengedar dan peruncit melakukan pelbagai kesalahan termasuk menyembunyikan minyak masak selain melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam operasi meninjau bekalan minyak masak di Pasar Raya Tesco IOI Mall Putrajaya di sini hari ini.

umno tube

Umno Umno online.

http://www.kpmu.net/

Blog Archive