Wednesday, December 7, 2016

Sudah Lupa...Siapa Kita ..

Mahathir mengejutkan ramai pihak apabila sanggup turun padang menghadiri Persidangan Tahunan DAP, parti pembangkang yang ditentangnya selama 22 tahun.

Di sebalik itu, perasan tak ada seorang pakcik Cina tua yang duduk sebaris dengan kepimpinan tertinggi DAP sepanjang persidangan berlangsung malah di atas mejanya ada tanda nama bertulis ‘Penasihat’

Ramai tertanya-tanya siapakah gerangan ‘uncle’ yang duduk bersebelahan Tun Mahathir dalam Persidangan DAP di Shah Alam semalam. Sehingga ada ada yang menggelarkannya ‘komunis baru keluar hutan’.

Nama beliau adalah Dr. Chen Man Hin. Antara pengasas PAP di Tanah Melayu dan seterusnya DAP setelah PAP diharamkan oleh Persekutuan Tanah Melayu.

chen-man-hin

Chen Man hin dilahirkan di China dan belayar ke Tanah Melayu pada usia muda, sebelum Perang Dunia Kedua . Pada 1946, beliau belajar di King Edward VII Medical College di Singapura dan lulus pada 1952.

Selepas itu bekerja sebagai pegawai perubatan / doktor di Singapura dan kemudian Hospital Seremban sehingga tahun 1956, apabila membuka klinik sendiri.

Chen Man Hin memang asal dari Negara China dan merupakan antara pelopor gerakan Komunis di China. Setelah mendarat di Tanah Melayu, beliau menggerakkan parti politik berasaskan Komunis bersama Lim Kit Siang, Karpal Singh, Tan Seng Giaw (Kepong), Devan Nair (Presiden Singapore) dan beberapa orang lagi.

Chen Man Hin tidak reti bercakap bahasa Malaysia mahupun memahami bahasa Malaysia sehingga DAP terpaksa mengeluarkan kos membeli alat ‘translater’ bernilai RM20,000.00 dalam persidangan DAP semalam.

Chen Man Hin adalah anti-Melayu dan anti-Islam kerana menurutnya hanya kaum Cina yang layak menjadi kuasa terbesar di dunia. Malaysia juga tidak terkecuali kerana beliau mempunyai pandangan orang Cinalah yang membawa kemajuan kepada semua negara dalam dunia ini.

Sunday, November 27, 2016

PAU 2016

Friday, November 25, 2016

RUU Babi Diluluskan serta merta di DUN Pulau Pinang Mengejutkan apabila persidangan

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perternakan Babi 2016, iaitu satu RUU yang rasanya tidak pernah kita dengar selama ini.

Tentu ramai yang terfikir, apa kejadahnya RUU babi dibentangkan dan diluluskan oleh sidang DUN.

Lebih mengejutkan apabila RUU itu dibentangkan oleh Exco Melayu iaitu Dr Afif Bahardin, ADUN PKR Seberang Jaya dengan alasan bahawa enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri babi berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.

``Kerajaan menyarankan semua penternakan tradisional bertukar kepada penternakan moden dan berteknologi," kata Dr Afif bercakap bagi pihak kerajaan DAP Penang ketika membentangkan RUU itu.

Apalah nasib penduduk di Pulau Pinang selepas ini? Kawasan yang diluluskan oleh RUU Ternakan Babi Penang itu pula di kawasan Jawi, tempat majoriti Melayu

Difahamkan ketika ini sudah terdapat lebih dari 150 buah ladang-ladang babi tradisional diusahakan di Pulau Pinang dengan sebahagian besarnya diusahakan di kampung-kampung tradisional majoriti orang Melayu.

Kenapa kawasan penduduk Melayu menjadi korban untuk pembangunan projek ternakan babi?

Tiada langsung soal sensitiviti agama dan kaum diambil kira dalam hal ini.

Mampukah penguatkuasaan yang serius dijalankan terhadap penternakan babi ini selepas RUU babi diluluskan?

Terutamanya hal melibatkan pencemaran air sungai, iaitu satu isu yang selama ini membelengu penduduk di negeri berkenaan.

Menyedihkan apabila RUU babi itu diluluskan oleh PKR dan DAP namun mereka membantah Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016  atau RUU355, sedangkan RUU 355 jelas untuk umat Islam sahaja.

16 Oktober 2016, Ketua Menteri DAP Penang iaitu Guan Eng membantah keras RUU 355.

Begitu juga dengan PKR, yang sehingga kini masih bermain tarik tali dalam isu RUU355 yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sehingga kini presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail masih belum menyatakan pendiriannya.

Alasan yang diberikan oleh Wan Azizah sebelum ini ialah usul pindaan RUU 355 berkenaan mempunyai banyak kelompongan dan mendakwa ia bukan hukum hudud.

Kepada penyokong pembangkang, bukalah mata anda dan lihat sendiri bagaimana RUU babi boleh diluluskan dan mendapat sokongan ADUN Melayu PKR dan DAP di Pulau Pinang namun dalam RUU 355, mereka membantah dengan memberikan pelbagai alasan.

Bukalah mata anda. Berapa agaknya bajet yang telah diluluskan untuk RUU babi ini? Nampaknya kerajaan DAP Penang lebih utamakan RUU Babi dari selesaikan masalah banjir di Penang.

Biar rakyat duduk dalam banjir janji babi dapat diternak secara moden. Memalukan bila ada Melayu diperkudakan DAP untuk membaca usul RUU Babi ini dalam sidang DUN.

Guna Melayu untuk angkat sepanduk babi di Bersih 5, kini guna Melayu untuk baca dan luluskan RUU babi. "Bijak sungguh" Melayu yang dipergunakan DAP ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB157, Jumaat
25 November 2016

Thursday, November 24, 2016

KENYATAAN AKHBAR KETUA POLIS NEGARA TERHADAP PENANGKAPAN KETUA BERSIH 5 MARIA CHIN ABDULLAH DI BAWAH SOSMA 2012.

Saya rasa, perlu untuk saya beri penjelasan berkenaan dengan perkara tentang Maria Chin kerana nampaknya berbagai-bagai pihak termasuk bekas-bekas pemimpin negara cuba untuk mengelirukan orang ramai. Ada juga peguam-peguam pun cuba untuk mengelirukan orang juga.
Berkenaan dengan Maria Chin ini, saya akan bahagikan kepada *tiga (3) peringkat*. *Pertama* penyiasatan terhadapnya. *Kedua*, bab berkenaan penahanannya dan yang *ketiga*, saya akan menjawab tentang kononnya layanan buruk yang kita beri terhadapnya semasa tahanan.

Yang pertama, penyiasatan terhadapnya. Saya nak mengesahkan di sini bahawa Maria Chin disiasat di bawah dua (2) undang-undang. Yang pertama Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dan yang kedua di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan. Kesalahan yang pertama di bawah APA 2012, adalah kesalahan tidak mematuhi syarat-syarat di bawah APA 2012 berkenaan 19 November 2016 lalu dan juga beberapa perhimpunan sebelumnya. Jadi kita siasat satu (1) di bawah APA 2012. Jelas ya. Jangan kelirukan orang pula. Kemudian, pada 18.11.2016 satu (1) pasukan polis telah pergi ke pejabat BERSIH dan membuat penggeledahan dan kami telah menemui beberapa dokumen yang memberi petunjuk kepada kami bahawa satu (1) kesalahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu menggugat amalan demokrasi berpalimen di Malaysia.

Oleh kerana cukup alasan-alasan untuk kita menahan dan menyiasat Maria Chin di bawah Seksyen 124C, kita telah menahan dia selepas itu pada hari yang sama dan prosedur di bawah siasatan di bawah Seksyen 124C  Kanun Keseksaan adalah di bawah (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA. Jadi di bawah SOSMA ini, kita boleh menahan dia selama 28 hari. Jadi, penahanan Maria Chin tidak ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH. Penahanan dia di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan prosedur di bawah SOSMA kerana kesalahan yang boleh menggugat dan mengancam keselamatan negara ataupun demokrasi berpalimen.

Di bawah undang-undang bukan sahaja SOSMA kita boleh guna untuk pengganas, kita boleh guna ke atas mereka yang terlibat dengan jenayah terancang, kesalahan penyeludupan manusia dan kesalahan-kesalahan terhadap negara. Yang orang cakap, kerajaan janji cuma terhadap pengganas itu _Prevention Terrorism Act_ (POTA). Jangan keliru dan saya harap jangan ada orang yang cuba mengelirukan orang ramai pula. Sepanjang ingatan saya, kerajaan tidak pernah mengatakan bahawa Seksyen 124C cuma digunakan ke atas pengganas tidak ada. Itu berkenaan dengan penahanannya. Jadi, prosedur di bawah SOSMA, kita ada kuasa menahannya 28 hari untuk kita merungkai segala bukti-bukti yang kita jumpa di pejabatnya. Segala alat komputer dan dokumen yang kita jumpa perlu bawa balik dan itu kita perlu masa untuk menyoal, _go thru_ dokumen-dokumen yang kita rampas itu. Maria Chin sendiri mengaku bahawa pernah menerima wang daripada _Open Society Foundation_ (OSF), dan kita semua tahu apa dia OSF dan berapa negara lain yang dia telah tumbangkannya melalui cara-cara dia. Adalah menjadi tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Seksyen 3 (3) untuk memastikan keadaan keselamatan dan ketenteraman negara kita tidak diancam oleh sesiapa juga.

Yang ketiga, berkenaan layanan buruk yang kita beri terhadapnya semasa tahanan polis. Saya menafikan bahawa kita memberinya layanan yang buruk. Apa juga _treatment_ yang kita beri pada dia, adalah sama seperti tahanan-tahanan lain dan kita mematuhi _lock-up rules_, _prison rules_ dan apa juga prosedur standard operasi (SOP) yang ada berkaitan dengan penahanan orang yang ditahan atau ditangkap. Jadi, kononnya dia tidak diberi tilam dan sebagainya, dia kena memohon. Saya tidak dapat maklumat yang dia ada memohon untuk tilam. Jadi hari ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) datang melawat dia dan memohon untuk tilam. Kita beri tilam dan kita beri dia _medical attention_ yang baik sekali. Ubat-ubat yang dia perlu, kita tidak ketepikan. Dia telah dilawat oleh doktor tak kurang daripada tiga (3) kali sejak penahannya. Setiap minggu dia akan diberi rawatan oleh doktor dan kita ada doktor _standby_ 24 jam jika mana-mana tahanan memerlukannya. Apapun sebarang SOP atau pun peraturan lokap kita adalah mengikut peruntukan _Lock-Up Rules_ dan _Prison Act_.

Jadi berbalik kepada siasatan tadi, PDRM telah menerima lebih daripada 15 laporan polis berkenaan dengan kegiatan BERSIH dalam aktivitinya menganjurkan perhimpunan-perhimpunan dan juga berkenaan dengan bantuan-bantuan dari luar. Jadi kita nak tahu juga apa kedudukan BERSIH ini sebenarnya, sama ada dia satu (1) pertubuhan ke, sama ada dia satu (1) syarikat ke, sama ada dia boleh menerima wang daripada mana-mana pihak ke jadi Itu kita perlu menyiasat. Itu sebabnya, kita perlu mengambil langkah-langkah yang saya sebutkan tadi untuk kita menjalankan siasatan. Apa yang kita temui semasa kita membuat penggeledahan di pejabatnya, adalah satu (1) perkara yang serius yang kita perlu jalankan siasatan terperinci. Jadi itu sebab polis membuat keputusan menggunakan prosedur di bawah SOSMA untuk kita membuat siasatan yang rapi.

SOALAN WARTAWAN

*Wartawan 1:*  Siasatan mengikut SOSMA adalah untuk siasatan menyeluruh, adakah keperluan untuk menggunakan SOSMA itu atau boleh menggunakan prosedur lain?
*KPN:* Kita ada pilihan untuk prosedur lain, tetapi untuk siasatan ini kita memilih untuk menggunakan prosedur SOSMA, kerana perkara ini serius. Tindakan ini boleh mengancam keselamatan negara kita. Kami memandang berat perkara ini dan sudah semestinya kita memberi fokus yang utama dan menggunakan SOSMA untuk kita jalankan siasatan.

*Wartawan 2:* Jadi, tadi Tan Sri ada cakap, ada jumpa dokumen di pejabat Bersih, adakah itu dokumen berkaitan dengan OSF?
*KPN:* Tak payahlah saya sebut. Itu biar kita siasat.

*Wartawan 3:* Antara _point_ yang digunakan oleh pengkritik, dalam Seksyen 4(3) SOSMA mengatakan bahawa seseorang tidak akan ditangkap semata-mata _political belief._ Apa pandangan Tan Sri?
*KPN:* Ini tidak ada kena-mengena dengan politik. Mana ada kena-mengena dengan politik. Saya sebut tadi bahawa perkara ini mengancam keselamatan negara kita. Jadi, mengancam amalan demokrasi berparlimen negara kita. Kita bukan tak tahu _track record_ OSF dan sebagainya. Jadi, kita perlu mengambil langkah-langkah untuk memastikan negara kita tidak terjerumus ke dalam perangkap mereka yang cuba menjatuhkan negara kita. Ini tidak ada kena-mengena politik langsung. Janganlah mana-mana pihak mengaitkan perkara ini dengan politik. Tak ada.

Ada soalan lagi? Jangan bagi orang keliru. Saya harap masyarakat tidak akan keliru. Ramai sangat yang mengelirukan orang.

*Wartawan 8:*  Tan Sri, nak tanya pasal Ketua Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos, yang ingin menganjurkan konvoi Bersih 7 ‘Selamatkan Selangor’ yang akan bermula di Sekinchan, Sabtu ini. Adakah program beliau akan dipantau polis?
*KPN:* Sudah semestinya. Jika aktiviti itu menyalahi undang-undang, dia bersedia dengan tindakan. Saya dah bagi tahu sebelum ini, kami telah banyak bersabar tentang perhimpunan-perhimpunan haram ini, dari Bersih 1 sampai Bersih 4, apabila nak buat Bersih, ada pula kumpulan lain yang akan _provoke._ Sampai bila akan berterusan macam ini. _I think this cannot go on._ Daripada sekarang, kita akan mengambil langkah-langkah yang lebih tegas lagi, terhadap mereka yang sengaja melanggar undang-undang yang ada di negara kita, termasuk yang bakar lilin malam-malam di Dataran Merdeka itu. Bersedia dengan tindakan dan kita tahu siapa penganjurnya, kalau terus-menerus, mencabar undang-undang kita, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan. Jangan ingat bakar lilin malam-malam itu. Anda semua melanggar Akta Perhimpunan Aman. Jadi, jangan cuba cabar kita. Bila kita ambil tindakan, semua akan meraung-raung pula, tetapi sampai bila kita biar orang melanggar undang-undang kita. Undang-undang itu dibuat untuk kita mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar undang-undang. Jadi, siaplah kalau nak buat juga, saya dah cakap, berani buat berani tanggung.

TS KHALID ABU BAKAR

Earn

http://earnwithinvite.com/index.php?ref=283376

KENYATAAN MEDIA *YANG BERHORMAT MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B), MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI* *BERHUBUNG PINDAAN RANG UNDANG-UNDANG AHLI PERSENDIRIAN BAGI MEMINDA AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 [AKTA 355]*

1. Kerajaan mengambil berat usul persendirian yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang yang mencadangkan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355].

2. Seperti termaklum, sejak Akta ini digubal oleh kerajaan pada tahun 1965 dan dipinda pada 1984 dan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada 1989, Kerajaan terus komited dan istiqomah dalam mengangkat martabat institusi mahkamah Syariah. Malah pelbagai usaha telah dilakukan secara konsisten dan bertahap dalam usaha memperkasa mahkamah Syariah secara holistik termasuklah memperkenalkan skim-skim perjawatan hakim-hakim dan pegawai-pegawai Syariah, menyediakan program-program latihan berkala kepada hakim-hakim dan pegawai-pegawai- Syariah bagi meningkatkan profesionalisme mereka, meningkatkan dan menambah-baik kemudahan prasarana institusi mahkamah syariah dan pelbagai lagi inisiatif untuk menaik taraf pentadbiran dan perjalanan Institusi Mahkamah Syariah.

3. Justeru, kerajaan sudah tentu mengalu-alukan sebarang cadangan untuk memperkasa dan menambah baik institusi mahkamah Syariah termasuklah usul persendirian yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang.

4. Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam tatacara dan peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, setelah segala urusan dewan selesai, Kerajaan akan mengambil tanggungjawab membawa RUU ini. Sebagaimana lazim, sudah tentu Kerajaan  akan memperhalusi secara rapi cadangan pindaan  ini dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan termasuklah rakyat bukan Islam walaupun hakikatnya Akta 355 tidak melibatkan mereka sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sekian.

*MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI*
24 November 2016

Monday, November 21, 2016

BERSIH 5...KITA BERSYUKUR

Melihat pada BERSIH 5,banyak yg boleh kita Rakyat Malaysia rasa lega dan bersyukur..

1)pertama KITA TAHNIAH pada PDRM era DS NAJIB.Mereka tegas tapi bijaksana tidak saperti zaman Tun M ketika melayan demo REFORMASI DAN ANTI MAHATHIR..Dgn kekerasan Kali ini NO TEARGAS,NO WATER CANON...Tahnian polis,Tahniah PM SYUKUR.....

2)Kedua,himpunan kali ini SEMAKIN MENGECIL,walaupun dgn ada parti baru AMANAH dan PPBM....ternyata tanpa sokongan PAS ,orang melayu tidak memberi sokongan.PAS BERISTIQAMAH dgn tahlul siyasi mereka..menjaga adab dan Agama SYUKUR..

3)Ketiga BERSIH yg asalnya NGO kini sudah di hijacked oleh 4 PARTI POLITIK PEMBANGKANG...ia sudah bertukar menjadi DAP-LED PARTY RALLY... Kredibiliti BERSIH tercemar habis..MARIA CHIN,AMBIGA DLL JADI BONEKA.BERSIH BUKAN LAGI NGO BEBAS.. SYUKUR..

4)Keempat,kumpulan yang sama dulunya PENENTANG MAHATHIR..alhamdulillah hari ini mereka menerima MAHATHIR....mereka orang yg SAMA.. SYUKUR..

5)Kelima,dalam ucapan Tun M di KLCC, Tun M merujuk ketua BERSIH yg di tahan polis sebagai PEMIMIMPIN KITA..jelas Tun M mengistihar dirinya SEKARANG DI PIMPIN DAP..jelas..Peranan Tun M kini membantu DAP DAN NIAT SEBENARNYA ADALAH DENDAM PERIBADI KERANA PM MEMECAT ANAKNYA... SYUKUR.... TAHNIAH HARUS DI BERI PADA DAP...Penggerak utama program..dgn bijak pemimpin DAP bermain di belakang tabir..Mereka duduk di belakang MEMBIARKAN MAT SABU,WAN AZIZAH,TUN M dan TSMY berada di depan.Strategi mereka mengena utk MELAGA MELAYU DGN MELAYU setelah undi cina sudah "mereka tawan"kerana UTK PRU 14 DAP YAKIN MEREKA AKHIRNYA BERJAYA MEMERINTAH MELAYU DGN MEMPERALATKAN MELAYU ITU SENDIRI.AKHIRNYA KEKUATAN POLITIK MELAYU YG MEREKA CUBA LAWAN SEJAK ZAMAN BINTANG TIGA DAN ZAMAN LEE KUAN YEW AKHIRNYA BAKAL TERCAPAI...YG TIDAK TERCAPAI 1969. Yg TIDAK Ter capai melalui BERSIH ia LAH mencari kebangkitan Rakyat Massa.Mereka mengharapkan berlaku keganasan Polis..TIDAK BERLAKU.Mereka mengharapkan keganasan Baju Merah..juga TIDAK BERLAKU..Mereka mengharapkan jutaan rakyat keluar..TIDAK BERLAKU...mereka rancang tawan Padang Merdeka dari 4 penjuru JUGA TIDAK BERLAKU.Malaysia membiarkan mereka berhimpun,dengan objektif himpunan tak sampai kemana. Dgn berakhirnya BERSIH,BN dapat untung terbesar.BN kini boleh menyukat kekuatan 4 Parti pembangkang.DAP-led opposition terkantoi Kata Panglima Cina TSUN TZE dalam buku "THE ART OF WAR"....know yourself,know your enemy...one hundred battles one hundred victories.! BARANGKALI PERHIMPUNAN AGONG UMNO MINGGU DEPAN MEDAN TERBAIK UTK UMNO DAN BN PULA MENGATUR LANGKAH...dgn PWTC BAKAL MEMBIRU...!!!
TSAM

Sunday, November 20, 2016

Perhimpunan haram Bersih 5.0 serta cabaran selepas ini.

Perhimpunan haram Bersih 5.0 dan cabaran selepas ini Di sebalik persiapan yang berbulan-bulan lamanya termasuk ceramah promosi di seluruh negara, perhimpunan haram Bersih 5.0 gagal memberi impak. Majoriti peserta masih lagi orang Cina yang menyokong DAP. Kehadiran pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir tidak mampu menarik orang Melayu. Tanpa pembabitan Pas, sekali lagi perhimpunan Bersih hambar. Makin terserlah bahawa pengaruh Pas di akar umbi jauh lebih besar mengatasi gabungan PKR, PAN dan Parti Pribumi. Latar belakang menjelang perhimpunan itu juga tidak memihak kepada penganjuran Bersih. Banyak pihak daripada Raja Melayu, para mufti, badan bukan kerajaan, ahli-ahli akademik dan persatuan peniaga menyatakan bantahan keras. Selepas perhimpunan semalam, Najib Tun Razak masih menjadi Perdana Menteri. Sedangkan ceramah, Khairuddin Abu Hassan aktivis kempen anti-Najib baru-baru ini berapi-rapi mahukan lima juta rakyat sertai Bersih 5.0 bagi menjatuhkan Najib melalui perhimpunan itu. Untuk kesekian kalinya rakyat Malaysia memperlihatkan kematangan menolak Bersih. Tahniah, tahniah, tahniah. Apatah lagi isu pokok iaitu kononnya memperjuangkan pilihan raya telus dan adil sudah bercampur aduk dengan pelbagai isu. Berdasarkan laporan, walaupun majoriti Cina menguasai Bersih, jumlahnya jauh berkurangan berbanding Bersih 0.4, antara lain disebabkan isu penonjolan Mahathir masih tidak disenangi ramai penyokong tegar DAP. Faktor lain adalah isu integriti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang telah menghadapi pendakwaan di mahkamah atas tuduhan rasuah. Anehnya tanpa rasa malu beliau hadir semalam memberikan mesej yang songsang. Secara umum, rata-rata rakyat tidak mahu kerajaan digulingkan di luar proses demokrasi, tunggu sahaja pilihan raya umum. Yang lebih utama adalah majoriti rakyat enggan masuk perangkap Bersih yang mendapat dana asing termasuk daripada hartawan dan penyangak matawang, George Soros yang terkenal dengan muslihat campur tangannya. Kedaulatan mengatasi segala-galanya. Sentimen itu terserlah di Turki apabila rakyatnya bangkit menolak rampasan kuasa tentera yang didalangi kuasa luar. Awang tabik Timbalan Perdana Menteri, Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar yang bertegas menangani ancaman perhimpunan haram itu secara preemtif. Sudah banyak amaran diberikan dan inilah masa untuk bertindak. Penangkapan 24 individu termasuk pemimpin politik menjelang perhimpunan itu adalah amat wajar demi menjaga ketenteraman awam. Ramai lagi patut disiasat kerana menghasut. Antaranya mubaligh dan rumah ibadat tertentu yang turut ghairah mahu menggulingkan kerajaan, yang dikhuatiri turut boleh mengakibatkan persengketaan agama. Ini meliputi usahawan dan syarikat (termasuk firma guaman) yang menyokong Bersih tetapi terus menerima kontrak dan bisnes daripada kerajaan kerana ia hanya akan memperkasakan pihak yang salah. Jangan lupa, hak majoriti rakyat juga perlu diambil kira iaitu mahukan pihak berkuasa tidak berkompromi. Perhimpunan haram itu telah ditangani dan dikawal dengan baik oleh polis biarpun berdepan banyak provokasi. Tahniah kepada warga polis yang bertugas dengan penuh dedikasi dan sabar. Awang percaya agenda penganjur Bersih yang diperalatkan oleh pembangkang, akan terus menyala. Apatah lagi mereka mendapat dorongan luar biasa daripada pihak asing. Soros juga tidak mahu orangnya di sini menyerah kalah selagi misi belum tercapai. Cabarannya apa lagi yang kita tidak tahu dan apa lagi selepas ini? Mesej Perkasa Semalam, badan bukan kerajaan (NGO) Melayu terbesar, Perkasa mengadakan persidangan serentak tiga sayapnya di sebuah hotel dekat Kampung Baru, Kuala Lumpur iaitu menjelang persidangan agungnya hari ini. Lebih 1,500 hadir ke persidangan wira, wiranita dan wirawati dengan membahas pelbagai isu. Nun tidak jauh dari hotel persidangan, perhimpunan haram Bersih berlangsung yang menjejaskan pergerakan dan keharmonian hujung minggu warga kota di ibu negara. Keputusan Perkasa mengadakan mesyuarat agungnya bermula semalam adalah bukti pertubuhan itu menolak Bersih. Walaupun terdapat usaha pemimpin pembangkang termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia melobi Perkasa bagi bersama mereka termasuk penganjuran Bersih, pertubuhan itu tidak berganjak. Ketika ribuan peserta Bersih yang majoritinya penyokong DAP bertempik sorak, ahli-ahli Perkasa tertib di dalam dewan mencanai minda ke arah kepentingan agama, bangsa dan negara. Perkasa yang terkenal lantang tidak perlu menunjukkan kekuatan di jalanan tetapi tetap berpengaruh di akar umbi. Awang ucapkan tahniah dan syukur kerana Presiden Perkasa, Ibrahim Ali serta barisan Ahli Dewan Tertinggi (ADT) tegas menolak Bersih. Begitu juga kepada NGO-NGO Melayu lain yang tidak merelakan agenda Bersih. Mesej yang sangat jelas. Dalam pada itu, mesyuarat agung Perkasa hari ini dijangka mengambil pendirian tegas dalam beberapa isu termasuk ke atas DAP. Biarlah Parti Pribumi akur kepada DAP tetapi bukan Perkasa, yang konsisten dalam pendiriannya. Semboyan itu akan kedengaran lagi hari ini. Siapa sebenarnya anda? Ini cetusan nurani buat Dr. Mahathir Mohamad. Dengarkanlah. Apabila anda menyertai perhimpunan Bersih tahun lepas, anda sudah lari daripada landasan prinsip sendiri. Biar apa pun alasannya termasuk perubahan pendirian politik, mengapa perlu menjilat ludah sendiri. Kini segala-galanya mahu anda wajarkan, matlamat menghalalkan cara yang tidak boleh diterima. Anda bercakap tentang integriti tetapi bersih sangatkah anda? Anwar Ibrahim sudah sekian lama membangkitkan kekayaan luar biasa keluarga anda, anak-anak dan kroni, yang setakat ini anda gagal jelaskan. Berbilion wang hilang dalam banyak skandal dan kepincangan sepanjang 22 tahun pentadbiran anda. Tanpa rasa malu, anda hasut rakyat ke perhimpunan jalanan yang suatu ketika anda jijikkan. Pemerintahan anda yang pernah dilabel oleh DAP dan PKR sebagai diktator dan mahafiraun, terselamat daripada ledakan demi ledakan perhimpunan seumpama itu kerana majoriti rakyat bersama anda. Semalam, anda sekali lagi sertai perhimpunan itu, yang dikuasai penyokong DAP dengan memakai baju kuning. Terlalu banyak penghinaan DAP terhadap agama dan bangsa selain agenda rasis tahap tertinggi yang memudaratkan negara. Sejarah teras dan perlembagaan mahu ditulis semula mengikut agenda Malaysian Malaysia. Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng menghitung hari untuk melihat kejatuhan kuasa politik Islam di tanah air ini, itulah yang anda selalu pesan kepada orang Melayu. Rupa-rupanya anda yang mudah lupa. Amarah dan dendam menguasai diri. Tidak hairan mengapa pemimpin Pas termasuk Nik Abduh Nik Aziz seru anda bertaubat, belajar agama dan mencermin diri. Anda pernah berulang kali menegaskan bahawa perhimpunan haram termasuk Bersih adalah ancaman kepada rakyat dan sistem demokrasi. Anda juga pernah memberi peringatan bahawa Bersih adalah alat agenda asing yang menggunakan parti pembangkang bagi mencapai matlamat menggulingkan kerajaan di luar proses demokrasi. Tiba-tiba hartawan George Soros yang anda label sebagai musuh utama negara dan telah terbukti membiayai Bersih, kini anda senangi. Mana harga diri anda dalam mempertahankan kedaulatan? Sebagai pemimpin, kita bukan dinilai dengan apa yang kita mulakan tetapi bagaimana pengakhiran kita, janganlah sampai menghina diri. Malah anda pernah beberapa kali menyatakan pemimpin yang bersekongkol dengan gerakan Bersih adalah pengkhianat kepada negara. Mengapa anda tidak menunggu sahaja pilihan raya umum, dengan menyakini kuasa penentuan rakyat di peti undi. Bukan sebaliknya membuka lebih luas campur tangan asing melalui perhimpunan ala Arab Springs, yang telah meranapkan beberapa negara Islam. Banyak tamadun dunia runtuh angkara pengkhianatan. Kejatuhan Empayar Bani Abasiyah di bawah Khalifah Al-Mustashim Billah wajar direnungkan. Kisahnya bagaimana pemimpin dan pembesar di dalam negara yang tidak berpuas hati dan pentingkan diri, berpaling tadah - membantu menjayakan agenda pihak luar - yang akhirnya membawa padah amat dahsyat. Belajarlah daripada sejarah. Jadi siapa sebenarnya anda? Kaya luar biasa Memandangkan kekayaan luar biasa Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Adam Rosli Abdullah, sudah menjadi isu kepentingan awam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh berdiam lagi. Kisah beliau yang baru berusia 28 tahun dan bergelar Datuk, mengundang perhatian seluruh negara. Adam dilaporkan mempunyai banglo bernilai antara RM3 juta dan RM4 juta di samping beberapa rumah lain serta kereta. Bagaimana dalam usia begitu muda, Adam Rosli boleh kaya dengan begitu cepat sedangkan beliau bukan daripada keluarga yang kaya? Pembantu kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin juga dilaporkan enggan mengisytiharkan harta. Bagaikan ada yang tidak kena, jika itu reaksinya. Awang juga berharap Zuraida yang pernah terpalit dengan dakwaan hampir sama sebelum ini, turut tampil secara budiman untuk mengisytiharkan harta bagi membuktikan beliau bersih dan tiada kaitan dengan Adam. Melalui siasatan sahaja, Zuraida dan Adam berpeluang untuk membela diri dan memelihara nama baik mereka, jika terbukti tiada salah laku. Selain siasatan SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) wajar menyiasat sama ada Adam membayar cukai setimpal dengan kekayaannya. Kes ini menjadi makin menarik, mana tahu ia akan membongkar misteri lebih besar. Awang Selamat

Saturday, November 19, 2016

Renungi Bersama

BERSIH...MARI BERSAMA KITA RENUNGI:- BERSIH anjuran EVANGALIST CHRISTIAN...MARIA CHIN dgn BIG BOSES mereka,lim guan eng,tony pua,Theresa Kok dll kebanyakannya evangelist Christian,yang berpolitik berhempas pulas untuk menjatuhkan PIMPINAN MELAYU ISLAM UMNO DAN JUGA PAS BERSIH juga turut di biayai oleh organisasi yg berkait dgn GEORGE SOROS.Siapa Soros?Mengikut Tun M Soros adalah Yahudi yg peranannya termasuk menjatuhkan kerajaan yg tidak di sukainya BERSIH 5,majoritynya di sertai kaum cina yg rata rata di kepalai evangelist christian.Walaupun agak gagal menarik ramai MELAYU ISLAM,terutama sejak gerakan mereka di TOLAK PAS,namun masih ada juga Melayu Islam menyertainya.Mereka terdiri dari kelompok LIBERAL,kelompok yg meninggalkan pimpinan ulama utk bersetia dgn DAP,Kelompok pro LGBT,kelompok melayu yg di ketahui condong kpd Atheist dan Anti Hadis dan yg seumpama dgn nya.Yang lain adalah pengikut pengikut kelompok terbuang yg kini menagih talian hayat politik daripada DAP dan dgn itu sedia menari ikut rentak DAP. Begini corak POLITIK seluruh dunia Di negara islam.Umat Islam mengikut acuan mereka yg bukan islam kerana kuasa Wang dan kuasa POLITIK mereka...sedangkan Kita SENDIRI berpecah belah akibat terjebak dlm POLITIK membenci sesama SENDIRI Dalam situasi sebegini umat hanya boleh diselamatkan dengan perpaduan ummah,atas nama kepentingan dan muslihat menjaga pemerentahan orang islam ,sambil menjaga kepentingan SAUDARA bukan islam yg TIDAK memusuhi atau hendak merampas kuasa orang islam.. Kesalahan pemimpin kalaupun ada bukan alasan utk menjatuhkan.Ini kerana islam telah menggariskan cara menegur pemimpin:- Abu AMR AS SOLEH menulis bahawa "Nasihat kpd ketua pemerentah ertinya membantu mereka atas jalan yang benar,taat dalam PERKARA benar,mengingatkan mereka tentang kebenaran...MENEGUR MEREKA DGN CARA LEMAH LEMBUT SERTA MENJAUHKAN DIRI DARI MELAKUKAN PENENTANGAN,Dan mendoakan mereka kebaikan..." Kita sudah JAUH tersasar.KITA SUDAH LUPA KEPENTINGAN BERSATU.Kita Utama kan perebutan kuasa peribadi,agenda peribadi,SEHINGGA sanggup lakukan apa saja RIWAYAT AT TABRANI..."PERTOLONGAN ALLAH BERSAMA GULUNGAN UMAT YG BERSATU DI BELAKANG PEMERENTAH,DAN SYAITAN MEMECUT UTK BERSAMA GULUNGAN MENENTANG PEMERENTAH" Wallahuaklam

Sunday, November 13, 2016

Ermm

Bila seseorang terlalu ANGKUH,TAKABBUR DAN SUKA MENABUR FITNAH,AKHIRNYA MEREKA AKAN DAPAT APA YG MEREKA SENDIRI CARI... Rafizi didapati bersalah di mahkamah...kali keempat!!!!

Kan.....

Mahkamah Sesyen KL sebentar tadi telah memutuskan bahawa RAFIZI RAMLI bersalah atas 2 pertuduhan kes OSA iaitu memiliki dan mendedah laporan audit 1MDB. Beliau dijatuhkan hukuman penjara 1 1/2 tahun bagi setiap kesalahan yang dijalankan secara serentak.

Siri Penerangan Jelajah Pahang 2016

Siri penerangan jelajah Pahang oleh YB. Tan Seri Datuk Panglima Haji Annuar bin Musa Ketua Penerangan UMNO Malaysia pada 13 November 2016 Peringkat Negeri Pahang bersama kepimpinan akar umbi Negeri Pahang DM.

Ermm

Merafak Sembah.

Saturday, November 12, 2016

Dakwaan Negara Akan Bankrap Tidak Logik – Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya negara akan bankrap sekiranya melanggar tahap 55% Hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disifatkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai tidak masuk akal. “Nisbah semasa Hutang kepada KDNK kita adalah sebanyak 53.4%, walaupun lebih tinggi daripada tahun 2007 pada 40.1%, (tetapi) masih dalam tahap yang boleh dikawal. “Tahap ini masih tidak tinggi jika dibandingkan dengan tahap yang bersejarah seperti dalam tempoh antara 1980 sehingga 1985 apabila nisbah Hutang kepada KDNK kita meningkat daripada 44.0% kepada 103.4% dan kekal di atas paras 55% sehingga tahun 1994. “Oleh itu, adalah tidak logik bahawa jika Malaysia melanggar tahap 55% Hutang kepada KDNK, maka Malaysia akan "bankrap" atau ekonomi kita akan menghadapi masalah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. “Jika kita tidak muflis pada 103.4% pada tahun 1985, jadinya bagaimana kita akan menjadi muflis pada 55%?” kata Rahman menerusi satu kenyataan. Beliau mengulas mengenai siri penyebaran mesej mengelirukan di Whatsapp mengenai ekonomi negara yang menyebabkan kebimbangan di kalangan rakyat. Mengulas lanjut, tahap hutang seseorang katanya mesti dilihat berdasarkan pendapatan dan bukan hanya berdasarkan nilai mutlak. “Sebagai contoh, seorang individu yang pendapatan tahunannya bernilai RM120,000 boleh meminjam RM60,000 dengan selesa untuk membeli kereta berbanding seorang lagi yang pendapatannya hanya RM6,000 setiap tahun tetapi mempunyai hutang sebanyak RM7,000. “Contoh ini secara kasar menunjukkan keadaan saiz ekonomi dan tahap hutang kita pada tahun 2016 berbanding tahun 1985,” jelas beliau. Justeru itu, Rahman yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) itu menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat yang salah berkenaan kedudukan ekonomi. “Rakyat Malaysia dan parti-parti politik tertentu harus mengelak daripada menyebarkan maklumat yang salah atau terlibat dalam taktik menakutkan yang akhirnya akan merosakkan keyakinan kedua-dua pelabur dan pengguna dalam ekonomi kita. Ini adalah serupa dengan mensabotaj ekonomi kita sendiri. “Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab juga tidak patut berkongsi atau menyebarkan maklumat yang salah dan propaganda tersebut. “Menurut maklumat yang diterima, pelan transformasi kerajaan kita terbukti berjaya dengan dasar-dasar yang baik yang kini menunjukkan keputusan yang kukuh. Semua rakyat Malaysia perlu memberi tumpuan kepada kejayaan tersebut, sepanjang kita menempuh keadaan global yang tidak menentu ketika ini. “Saya tidak meragui bahawa Perdana Menteri dan kerajaan ini akan terus memastikan Malaysia terus menikmati pertumbuhan ekonomi, mengutamakan kesejahteraan rakyat kita dan terus membangunkan Malaysia sepanjang kita menuju ke status negara berpendapatan tinggi,” tegas beliau. http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/20-nasional/17923-dakwaan-negara-akan-bankrap-tidak-logik-rahman-dahlan.html

SATU PARTI, SATU SIMBUL DAN SATU MANIFESTO MAHATHIR Oleh Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak

SATU PARTI, SATU SIMBUL DAN SATU MANIFESTO MAHATHIR Oleh Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak Hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menempelak PAS dan berkata bahawa parti Islam tersebut ‘makan dedak’. Mahathir menambah lagi bahawa sesiapa yang menentang pihak pembangkang mesti telah ‘makan dedak’. Ini sama seperti Doktrin Presiden Bush Senior “jika kamu tidak bersama saya maka kamu menentang saya", ungkapan itu keluar bila Bush cuba untuk mendapatkan sokongan untuk perang di Timur Tengah", yang mana Amerika telahpun mengakibatkan Timur Tengah dalam keadaan kucar-kacir. Apa yang beliau gagal lihat adalah PAS tidak meninggalkan Pakatan Rakyat. Tetapi DAP yang telah menutup Pakatan Rakyat supaya PAS boleh ditendang keluar daripada pakatan pembangkang dan apabila mereka membentuk Pakatan Harapan, PAS tidak dijemput untuk menyertainya. Mahathir kini bercakap tentang satu parti, satu simbol, satu manifesto. Ini adalah apa yang telah diperkatakan oleh pihak pembangkang sejak tahun 1999. Tetapi selepas 17 tahun mereka masih belum dapat melaksanakannya. Bercakap tentang perkara tersebut memang mudah. Melakukannya pula adalah satu perkara yang sama sekali lain. Pihak pembangkang tidak bersatu dalam banyak perkara jadi bagaimana ia boleh mencapai persetujuan dalam satu parti, satu simbol, satu manifesto? PAS tidak akan sesekali meninggalkan ‘bulan’ mereka bahkan DAP juga tidak akan meninggalkan ‘roket’ mereka. Ia merupakan identiti bagi setiap parti itu sendiri. Untuk meminta setiap parti membuang simbol tradisional mereka dan menggantikannya dengan simbol lain merupakan satu perkara yang telah mereka bincangkan tetapi tidak akan sekali-kali melakukannya sejak 17 tahun yang lalu. Lagipun, PPBM, PKR, DAP dan PAN semuanya mempunyai agenda yang berbeza. PPBM dengan agendanya untuk memecat Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan menggantikannya dengan proksi Mahathir. PKR dengan agendanya untuk membebaskan Anwar Ibrahim daripada penjara dan menjadikannya Perdana Menteri. PAN merupakan sebuah parti yang terdiri daripada ahli PAS yang kecewa kerana gagal and menyingkirkan Tn Guru Dato' Sri Hj Abdul Hadi Awang. DAP pula merupakan parti dengan agenda 'Malaysian Malaysia' nya yang ditentang oleh kebanyakannya Melayu. Manifesto bersama adalah masalah lain bagi pihak pembangkang. DAP bercakap tentang Negara Sekular. Dalam hal tersebut mereka mestilah jujur untuk memasukkan perkara tersebut dalam manifesto bersama mereka. Tetapi adakah PKR, PAN dan PPBM; malah PAS; bersedia untuk menerima Negara Sekular DAP? PAS kemudian akan meminta impiannya terhadap Negara Islam untuk dinyatakan. Dan itu juga tidak boleh dimasukkan ke dalam manifesto bersama. Jadi ia bermakna, seperti biasa, selain daripada manifesto bersama, setiap parti akan mempunyai manifesto individu dan malah manifesto berbeza untuk setiap negeri, seperti pada masa lalu. Sumber : http://sskeruak.blogspot.my/2016/11/mahathirs-one-party-one-symbol-and-one.html?m=1

Thursday, November 10, 2016

Malaysia4All di PDM Bukit Ibam

Yb.Dato Sri Maznah bt Mazlan selaku Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian Rompin merangkap Ahli Dewan Undangan Muadzam Shah hadir ke PDM Bukit Ibam bagi memberikan sedikit input berkenaan aplikasi Malaysia4All kepada ahli UMNO cawangan Bukit Ibam.
Disamping itu juga penerangan gunapakai aplikasi e-aduan kpdnkk juga diterangkan kepada mereka yang hadir.

Monday, November 7, 2016

Terdesak

BH: Pembangkang terdesak, jemput Tun M ke Parlimen. http://google.com/newsstand/s/CBIwkazQ0ic

NAJIB RAZAK - "ANTARA KEBAIKAN & FITNAH"

1. Projek Lebuhraya Pantai Timur LPT2. Patut disiapkan di      Zaman Tun Mahathir. Diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu. Disambung oleh Pak Lah, terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol. Berjaya disambung semula dan disiapkan oleh Najib walaupun dikatakan Malaysia mahu bankrup.

2. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak sedang giat dilaksanakan.

3. Projek Lebuhraya Pan Borneo 1000 km lebih tanpa Tol sedang giat di bina.

4. Terminal Bus Selatan mengantikan Terminal Bus Puduraya yang cukup moden dan sistematik. Ini menggantikan projek Plaza Rakyat yang dihentikan sejak zaman Mahathir kerana bencana ekonomi 1998 dan sekarang dalam proses dipulihkan oleh kerajaan Najib.

5. KLIA 2 siap walaupun dituduh Malaysia tiada wang.

6. LRT 2 siap dan sudah beroperasi walaupun di tuduh Malaysia akan Bankrup.

7. Pembinaan Menara Tertinggi di Malaysia iaitu KL 118 sedang berjalan.

8. Projek Bandar Moden Malaysia dan TRX termasuk keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura.

9. Kelulusan pembinaan Lebuhraya dari Terengganu ke Kelantan.

10. Kelulusan projek keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke Pahang ke Terengganu dan Kelantan yang menelan kos kira kira 70 billion.

11. BRIM pun rakyat dapat.

12. 840 mangsa banjir dapat rumah percuma.

13. Banyak pembinaan cawangan cawangan UITM yang baru.

14. Banyak pembinaan MRSM yang baru.

15. Bandar Universiti Pagoh yang terdiri daripada 4 buah universiti.

16. Apartment baru untuk polis, dulu cuma rumah flat sahaja.

17. Banyak Hospital, Pusat Kesihatan dan Klinik 1 Malaysia yang baru.

18. Kenaikan gaji minimun kepada RM 900.00, pencen tentera, skala gaji kakitangan awam.

19. Penstrukturan semula Malaysia Airlines System daripada terus menanggung rugi berbillion ringgit.

20. Baucer buku pelajar kolej dan universiti swasta dan kerajaan RM 250.00 setahun.

21. Menghapuskan beban subsidi berbillion ringgit oleh kerajaan terhadap proton melalui penswastaan.

22. Menghapuskan subsidi IPP berbillion ringgit kepada syarikat syarikat besar.

23. Rumah percuma bagi rakyat miskin bernilai RM 25,000 ke RM 30,000.

24. Rumah mesra rakyat RM 60,000 dengan bayaran bulanan sekitar RM 200.

25. Perumahan Prima.

26. Membantu penstrukturan semula pengurusan air Kelantan yang dah berpuluh tahun mengalami masalah.

27. Lebuhraya baru Kuala Lumpur ke Kota Bharu Kelantan melalui Merapoh Pahang sedang giat berjalan.

28. Keratapi laju Kuala Lumpur ke Ipoh ke Padang Besar, Perlis dah siap beroperasi.

29. MRT line 1 dah nak operasi, MRT line 2 dan LRT line 3 dah nak mula pembinaan.

30. Bangunan Signature tower di TRX setinggi KLCC yang      sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tahun 2018. Kejayaan Najib Razak yang perlu kita "acknowledge", bukan menanam kebencian pada setiap kebaikan yang dibuat Kerajaan.

Wednesday, November 2, 2016

WAKEUPMALAYA...

https://www.wakeupmalaya.com/2016/11/kaitan-john-pang-dengan-soros-akhirnya-terdedah/amp/

Sorok. Barang

Harga Melampau, Sorok Bekalan: 40,000kg Minyak Masak Dirampas

PUTRAJAYA - Sebanyak 40 tan minyak masak telah dirampas dalam operasi bekalan minyak masak yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bermula 21 Oktober hingga semalam.

Menurut Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin, kesemua rampasan itu melibatkan pemeriksaan ke atas 11,895 premis dengan nilai rampasan keseluruhan RM112 juta.

"Operasi yang dijalankan KPDNKK dapat mengesan 16 kes peniaga, pemborong, pengedar dan peruncit melakukan pelbagai kesalahan termasuk menyembunyikan minyak masak selain melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam operasi meninjau bekalan minyak masak di Pasar Raya Tesco IOI Mall Putrajaya di sini hari ini.

Tuesday, November 1, 2016

How thats..

Cer kabo.,

Wake up

https://www.wakeupmalaya.com/2016/11/george-soros-rancang-campur-tangan-dalam-pilihan-raya-umum-malaysia-2018-dedah-dc-leaks/

SIAPA YANG PEDULI SIAPA..

7.65 b.. wang kerajaan negeri hilang kata TS Khalid mantan MB Selangor.... tiada siapa peduli kerana...ia bukan Najib Razak. Puluhan ekar tanah di penang bernilai ratusan juta ringgit dijual kpd org asing... puluhan rumah org melayu diroboh... kita tak kisah....kerana bukan Najib Razak. Projek ladang rakyat, lebuhraya rakyat, Projek Kambing Janapari, dinar emas bernilai ratusan juta yg terbengkalai di Kelantan..lantak pi lah....kerana bukan Najib Razak. 3.3b duit rakyat dsai bawa kluar dari msia kata akuan bersumpah ts murad..apa ada hal.....bukan Najib Razak. 1.194 trilion harta Tun M diluar negara kata Abd Hamid sahabat baik Tun....pejam mata je.....bukan nya Najib Razak.

Sunday, October 30, 2016

Dahulu dan Sekarang

PM: Perjuangan UMNO Dahulu Dan Sekarang Berbeza "Memang benar perjuangan dahulu dan sekarang berbeza. Dahulu beliau yang berumur 91 tahun ini memperjuangkan kemerdekaan, sekarang saya memperjuangkan kemajuan negara" http://www.astroawani.com/berita-politik/perjuangan-umno-dahulu-dan-sekarang-berbeza-pm-120764

Shoss

http://theflyingkick.blogspot.my/2016/10/sah-bersih-malaysiakini-dan-human-right.html

RUPANYA DS HUSNI LEBIH BERPENGETAHUAN DARI TS MUHYIDIN YASIN:

DS Husni sekurang kurangnya bertanya soalan di parlimen dgn fakta yang betul, tinggal lagi beliau terlupa yg beliau sendiri telah pun menjawab soalan tersebut setahun lebih awal.

Namun TS Muhyiddin berbeza.Beliau telah berucap di parlimen seolah olah beliau tidak tahu membaca apa apa lapuran ATAU megira sebarang angka dan menyampaikan ucapan sulongnya di saf pembangkang DENGAN SECARA NYATA MEMBOHONGI PARLIMEN.

Sama ada beliau sememangnya tidak tahu apa apa hal ekonomi dan pentadbiran semasa menjawat jawatan TPM atau ia mungkin satu bukti pemikirannya kusut TANPA HIDAYAH, sejak keterlibatan nya dalam konspirasi MERAMPAS JAWATAN PM dari DSN yg kini terbukti gagal.

1.Beliau menyebut hutang 1MDB RM53b,sedangkan hutang semasa 1MDB adalah RM20b..Dan kesemua hutang tersebut adalah hutang jangka pjg YANG TIADA SATU PUN YG SUDAH MATANG..Hingga hari in8 KERAJAAN TIDAK PUN MELAKUAN SEBARANG BAIL OUT dan 1MDB BERUPAYA MENGURUS SENDIRI hutang Perniagaan mereka. Tidak spt yg cuba di takut takutkan oleh sesetengah pihak.

2.TSMY mendakwa berdasarkan "KAJIAN KE ATAS LAPURAN KETUA AUDIT NEGARA",kononnya Negara kerugian antara rm23-40billion akibat kelemahan PENGUATKUASAAN,rasuah dan salah Urus tadbir. Kenapa tidak di sebut kajian mana dan oleh siapa? Kita ingin tahu cara mana menghitungnya? Atau apakah ia sama spt cara PH membuat belanjawan dgn menyatakan dlm bajet mereka 2016 mereka boleh menyelamatkan 10% belanja mengurus dgn membenteras rasuah,dan tiba tiba bajet mereka 2017,angka melonjak menjadi 25% tanpa sebarang asas. Jika itu caranya ternyata TSMY begitu cepat terkena virus jangkitan PH, yg sering berbohong dan yg jelas merendahkan wibawanya sebagai seorang yg pernah berjawatan tinggi.

3.TSMY secara bohong memberitahu Parlimen kononnya beliau berjaya menghalang kabinet dari meluluskan pinjaman RM 3b kpd 1MDB kerana wang itu di perlukan utk membayar faedah dari hutang tanggongan 1MDB. Walhal dari sumber IMDB pinjaman itu adalah utk pembangunan TANAH TRX DAN JANAKUASA JIMAH(Timur). Janakuasa tersebut terpaksa di Jual dgn harga lebih rendah akibat HALANGAN TSMY itu.Kiranya ia di buat PENAMBAHBAIKAN terleih dahulu, 1MDB pastinya beroleh laba yg lebih besar bila ianya di jual. Isunya TSMY sanggup berbohong tentang utk apa pinjaman 3b di pohon dari kjaan spt terdapat dlm kertas kabinet.

4. TSMY juga cuba menyelewengkan Parlimen dgn menyatakan KAJIAN PAKAR meletakkan nilai ringgit sepatutnya berada pada tahap RM3.50 bagi USD1.00. Nilai ringgit kini lebih rendah kerana sentimen negative berpunca dari 1MDB.
Pakar mana yg membuat andaian sedemikian? Jika benar, mengapa pada awal Januari 2015 sebelum isu 1MDB meletup Nilai ringgit waktu itu sudah berada pada Paras 3.51? Rupanya TSMY langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang punca utama pengukuhan nilai matawang Amerika berbanding matawang lain d dunia. Beliau tidak tahu bagaimana KENAIKAN KADAR FAEDAH oleh bank pusat US sebenarnya memberi impak pada nilai greenback (dollar Amerika).

5. TSMY juga membuat dakwaan kononnya matawang kita lemah dan terdedah pada serangan dan kononnya 1997 kita punya REZAB yg kukuh. Ternyata TSMY telah lupa segala angka dlm ingatan dek amarahnya. Beliau lupa rezab Negara pada 1997 hanya USD20b berbanding sekarang hampir 5 kali lebih tinggi.

Ternyata TSMY sudah bertukar menjadi seorang pembangkang lebih rendah standardnya daripada POKOK SENA Atau SHAH ALAM..

Parlimen kini melihat bagaimana PAGOH TIDAK LAGI PAGOH...

Patutlah apabila saya berdiri memohon laluan utk berdebat dgn nya ketika beliau berucap di Parlimen beliau menolaknya. TERNYATA BELIAU MEMILIH UTK BERMONOLOG SEORANG DIRI, khuatir fakta ucapannya di sanggah tanpa beliau berupaya mempertahankannya.

TAN SRI ANNUAR MUSA
AHLI PARLIMEN KETEREH

Pasukan Operasi Khas Nasional

Pasukan Khas

Sekadar Peringatan

Ketua Penerangan Malaysia memperingatkan supaya 'solidarity' parti perlu dijaga dan dipelihara untuk kita menyatukan semula rakyat Malaysia!

umno tube

Umno Umno online.

http://www.kpmu.net/

Blog Archive